INFO

Carlo Rino Offer sehingga 70% untuk Raya

Assalamualaikum

Carlo Rino Offer sehingga 70% untuk Raya | Actually bukan selalu pun nak bertukar handbag ni.Jarang sekali.Selalunya kalau aku beli pun time offer je.Kalau takde offer macam ni,memang aku takkan belilah.Kalau dah harga beg tu 3-4 ratus,fikir 5-6 kali jugak.Kalau dulu zaman berdua je takpelah jugak,kenyit mata kat laki,dia on je bayarkan.

Sekarang ni kena pentingkan keperluan untuk anak dulu.Disebabkan baju-baju anak aku dah prepare lebih awal lagi,so ada lah habuannya untuk aku kan..heheheh..And yes,memang aku prefer untuk beli baju anak ni seawal mungkin.Biarlah orang kata tak ikut fesyen raya pun.Baju anak-anak pun aku banyak beli di Shopee.Ala…kita beli baju dari China je wak..Kualiti sesuai dengan harga.Bagi akulah kan,bila kita beli murah,at least,kita dapat banyak.Bukan apa,beli baju mahal-mahal ni kalau dah duit tu seluk poket sentiasa ada,takpelah jugak.So,kena tanya poket masing-masing.Dapat je duit blog,aku beli sikit-sikit.Jadi banyak jugaklah dapat untuk dia.

And disebabkan hari tu ada desas desus mengatakan yang Carlo Rino tengah sales sehingga 70%..What??terus aku tengok website carlo.Rino.And betullah…patutlah nampak ada kawan aku di fb dok up pasal ni.Kalau korang nak tahu Carlo Rino adakan sales dari 1 June hingga 17 June ni tau.Masa masuk website tu,aku memang dah aim nak kan satu handbag ni.Dah mintak persetujuan yang akan membayar,tapi tidak diluluskan dek kerana dia nak tengok sendiri handbag tu depan mata.And satu lagi husband cakap takut tak sampai dah nak raya ni.So bertabahlah siisteri mendengar.

Kebetulan masa ke klinik tempohari,sempatlah terjah Jusco Permas untuk tengok handbag yang aku nak.Banyak pilihan dan harga memang dia bagi kaw-kaw oii…Dari harga Rm300++ dapat harga RM150++ Tapi aku takdelah beli yang new collection.Beli yang biasa-biasa..yang old model mungkin..Tapi takpelah kan.Janji dapat beli.

Yang dalam ni Harga lebih murah dari yang ada kat sebelah sana tu

Aku survey gak purse carlo rino ni.Semuanya atas Rm100.Disebabkan budget untuk membeli handbag tidak boleh lebih dari RM200,so aku pilih untuk membeli handbag jelah kan.

Pelbagai jenis handbag yang membuatkan aku rambang mata.Part ni kena amik masa yang lama untuk memilih

Sling bag pun ada.Tapi aku takdelah nak pilih sling bag ni.Lebih kepada nak ke Handbag je,sebab itu lebih perlu kan.
Sebenarnya ada beberapa tips yang kita perlu lakukan untuk membeli beg.Bukan nampak tu terus boleh beli tau.Dari pembacaan aku dari blog beautifulnara,abang nara ada kongsingkan 3 tips penting dalam membeli beg.

3 TIPS TERBAIK MEMBELI HANDBAG

1.KEGUNAAN BEG TERSEBUT

Kita perlu tahu adakah kita membeli beg/dompet ini bertujuan untuk menghadiri majlis tertentu atau untuk kegunaan harian.Jika kita memerlukan bag ini untuk kegunaan harian,contohnya untuk dibawa ke pejabat setiap hari,beg yang harus kita pilih adalah yang lebih praktikal,efisian dan tidak terlalu menonjol.

2.WARNA BAG

Warna yang universal yang boleh kita padankan dengan hampir kesemua baju yang dipakai adalah warna hitam,coklat dan kelabu.Namun,sekiranya kita nak tampil lebih bergaya,bolehlah kita melakukan eksperimen dengan memilih beg yang mempunyai warna tambahan seperti warna hijau,merah atau kuning.gabungan warna ini pasti akan menonjol dari rakan kita yang lain.

3.JENIS BADAN

Jenis badan juga mempengaruhi dalam pemilihan beg ni tau.secara asasnya,mereka yang mempunyai badan yang tingi dan kurus,haruslah memili beg yang bersaiz sederhana dan berbentuk bulat.Manakala mereka yang berbadan gempal,beg yang berbentuk panjang adalah lebih sesuai  untuk anda.Sekiranya menggunakan beg yang disandang di bahu,titik fokus bagi mereka yang memandang anda ialah di tempat di mana beg itu terletak.Contohnya sekiranya beg itu terletak di pinggang,maka,bahagian pinggan anda akan lebih kerap diperhatikan.
Nampak tak,tips ni sangat berguna untuk korang.So,seperti yang disebutkan di atas sekali iaitu kegunaan beg tersebut,haruslah aku guna untuk bekerja dan buat jalan.Takdepun any special occasion yang aku attend.Takat bawak pi berjalan dan  pergi kerja.kali ni aku memilih warna kelabu.Husband dah warning jangan beli warna hitam.So,kita pendamkanlah hasrat nak berhitam tu.
Apa jenis handbag yang aku pilih?Hah..tengok bawah ni.
v
v
v
v
v
v
v
v
v
tadaaaa
Hah..inilah bag yang menjadi pilihan hati aku.Bewarna kelabu dan yang penting ada seling bag terus.Jadi boleh buat 2 in 1.Ok kan.Lagi satu aku suka kuda yang cute tu..hahaha…Si Dak Naura dah aim nak tarik je kuda  tu..Sekali mak dia jeling,hah…memang nak kena ler jawabnya kan
Harga dari Rm300++ jadi  RM150 je.Not bad kan.
Kot korang nak cuci mata tu boleh lah terus ke butik Carlo Rino atau korang boleh je shopping online.Tapi tak taulah boleh sampai sebelum raya ke tidak.Ataupun korang pergi lah ke mana-mana outlet Carlo RIno ni ye…
Aku bagi website yang boleh korang cuci mata kat bawah ni
https://shop.carlorino.net/collections

Thanks for Reading kisahsidairy.com

Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutubeflickr

Blog tentang parenting, info, resepi masakkan ,panduan kerja di rumah, review produk, sharing info Johor, review makanan,

5 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE