RESEPI

Resepi Mee Lidi Goreng bersama dengan Daging Cincang

Assalamualaikum


Resepi Mee Lidi Goreng bersama dengan Daging Cincang |
uih..punyalah panjang kan nama resepi ni.Ni namanya resepi syok sendiri.Main campak-campak je.Actually masa ke kedai tu,lalu kat bahagian Mee,nampak Mee Lidi ni.Banyak oi kenangan dengan Mee Lidi ni.Masa aku kecik² dulu Tok long memang rajin tau buatkan mee lidi ni.Walau mee lidi ni di goreng bodo-bodo je,tapi tetap sedap.Kira sesi throwback la ni kan.Masa aku kecik² memang aku duduk dengan atok.(atok perempuan)

Walaupun cara masak dan bahan-bahan yang digunakan berbeza dan tidak akan boleh sama dengan yang arwah buat,tapi bila nampak Mee Lidi ni,kerinduan tu akan mula timbul kan.So,beli satu untuk aku jadikan menu berbuka puasa Ramadhan ke 21.

mee lidi
Mee Lidi Legend 
Kalau dulu,mana kenal spaghetti.Tak pernah rasa,entah-entah tak wujud lagi.Eh..bukan tak wujud tau,Cumanya…yelah,orang kampung dulu mana kenal spaghetti.Kalau sebut Mee Lidi confirm diorang kenalkan.Jomlah tengok resepi untuk buat Mee Lidi ni

mee lidi
Resepi Mee Lidi Goreng bersama dengan Daging Cincang
Bahan-bahan
  • Mee Lidi
  • Daging CIncang(guna Ramly)
  • Bahan tumis (bawang merah,putih,lada kering)benda wajib yang aku simpan kat peti ais selalu)
  • Sebiji Telur
  • Sos Tomato
  • Sos Chili
  • Kicap
  • Garam
  • Sayur Sawi /Taugeh/Cili hiris( ikut korang nak letak ape lagi)
Cara buatnya
Rendam Mee Lidi sekejap.Kemudian,panaskan minyak dalam kuali.Kemudian tumis bahan tumisan sampai naik bau.Dalam kuali yang lain,goreng daging cincang tu sampai air daging tu habis dan letak tepi.Masukkan sedikit  sos tomato,sos chili dan jugak kicap.Lepas tu masukkan daging cincang dan perasakan dengan garam.
** Ada orang letak garam,lepas dah masukkan semua sekali bahan,tapi aku selalu letak lepas aku tumis,agak-agak jelah kan,kang kalau kurang masin baru tambah lagi…hehehe
Masukkan Mee dan juga sayuran yang korang nak masukkan tu.Dah rasa semua,Mee pun dah sebati dengan semua sayur tu,dah boleh angkat.Telur tu aku goreng nipis dan hiris halus-halus.Dah siap baru letak atas mee.Hias sikit lah dengan daun sup.Kalau letak daun ketumbar pun sedap.
Itulah resepi dari dapur kisahsidairy ni hah..Simple kan.hehehehe

Thanks for Reading kisahsidairy.com

Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

Mommy Blogger For any Advertorial | Sponsor Post | Product Review | Food Review | kindly email me at sitirohaida81@gmail.com

16 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *