PARENTING

Teknik mudah ajar anak tentang kebersihan dengan produk Chomel

Teknik mudah ajar anak tentang kebersihan dengan produk Chomel | Bila kanak-kanak dah meningkat besar,sel-sel otak dah mula berhubung,banyak betul kerja yang dilakukannya.Aktiviti kat luar tu pun kadang kala sampai masuk dalam rumah.Tahap kebersihan mereka pun kadang-kadang boleh merisaukan kita.Biasalah,kita ni sebagai ibu selalunya over protected dari segi kebersihan,itu tak boleh,ini tak boleh kan.Tapi sebenarnya kita nak yang terbaik untuk anak kita.Supaya mereka sentiasa bersih dan terhalang dari segala kotoran.

Tapi,bagaimana nak mengajar mereka tentang kebersihan.Dari pembacaan aku di sebuah blog ini,beberapa tips yang boleh dijadikan panduan untuk kita mengajar anak kita tentang apa itu kebersihan.Meh aku share dengan korang apa yang teknik yang boleh kita terapkan di dalam diri anak-anak kita

TEKNIK MUDAH AJAR ANAK TENTANG KEBERSIHAN


1.Peraturan Asas

Kita perlu didik anak kita peraturan asas tentang kebersihan sejak mereka kecil lagi.Amalan asas kebersihan yang utama adalah membasuh tangan sebelum dan selepas makan dengan menggunakan sabun,menutup mulut semasa batuk atau bersin dan mandi tiga kali sehari


2.Tunjuk Contoh yang baik

Ibu bapa merupaka role model kepada anak-anak,So sangat perlu kita menunjukkan contoh yang baik kepada anak especially tentang kebersihan  seperti membasuh tangan sebelum dan selepas makan,mengelap mulut dengan tisu atau sapu tangan selepas makan,tidak membiarkan rumah bersepah serta memastikan kawasan dalam dan luar rumah bersih.


3.Bacakan buku cerita contoh dan teladan kepada anak

Sesekali,ibu bapa kena bacakan buku cerita yang berkisarkan tentang kebersihan seperti tidak mejaga kebersihan atau budak yang pengotor.Masukkan unsur hiburan dan jenaka semasa bercerita bagi menarik minat si manja.Masukkan juga kebaikkan dan keburukkan dalam menjaga kebersihan.


4.Bekalkan anak dengan sapu tangan yang bersih.

Bekalkan mereka sapu tangan bersih setiap kali pergi ke Tadika.Selalu memesan kepada mereka supaya mengelap tangan dan mulut selepas makan menggunakan sapu tangan yang diletakkan di poket pakaian mereka.


5.Kebersihan oral dan gigi

Kebersihan oral dan gigi amat penting dan perlu diutamakan.Ajar anak anda memberus gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari atau setiap kali selepas makan.

Dengan itu,bagi menggalakkan lagi Naura untuk menjaga kesihatan,aku berikan dia dua produk Chomel iaitu  Foaming Hand Wash dan juga Hand Sanitizer.

 

Kenapa aku memilih Produk dari Chomel ni?

Produk Chomel ni dibuat berasaskan tumbuhan dan bebas dari bahan kimia.Ia memang sesuai untuk kanak-kanak kerana ianya selamat digunakan dan sangat berkesan dalam membersihkan diri anak-anak kita.Lagi-lagi kanak-kanak yang ada Eczema.Memang sangat sesuai untuk menggunakannya.

 

Foaming Hand Wash
 
First time aku gunakan Foaming Hand Wash ni untuk Naura.Setiap kali tangan kotor,aku akan suruh dia mencuci tangan menggunakan Foaming Hand Wash Chomel ni.Baunya sangat wangi dan tidak mengeringkan tangan.
Just pump kan sedikit je pada tapak tangan,ia dah boleh membersihkan tangan yang kotor.Juga membuat tangan wangi weh..Sampai mak dia pun guna.Sejak umi dia suruh guna sabun bila nak mencuci tangan,kemahin la dia rajin semacam.Kotor sikit pun dia nak cuci pakai sabun.
Satu lagi yang aku bawak kehulur hilir bila bersama dia adalah Hand Sanitizer.Yelah ,kadang-kadang kalau aku dan dia buat aktiviti luar,contohnya main kat taman kan,mestilah lepas tu tangan kotor,dan Hand Sanitizer lah yang menyelamatkan tangan anak aku dari kuman membiak.So wajib aku bawak di dalam handbag hand Sanitizer ni
Hand Sanitizer Chomel
Apa yang bestnya Hand Sanitizer dari produk Chomel ni adalah ia mampu membunuh kuman sehingga 99.9% dengan berkesan.Ia dirumus dengan bahan yang cepat kering yang diperbuat dari bahan semulajadi Vitamin E  bagi membantu melembapkan kulit anak kita.And of course aku sukakannya.
Produk Chomel ada pelbagai dan memang dibuat khas untuk kanak-kanak.Dulu aku pernah buat entry pasal produk chomel diSINI So,korang wajib baca untuk mengetahui lebih lanjut lagi.

Untuk maklumat lebih lanjut lagi,korang boleh layari website dibawah tentang produk Chomel ni ye.

 


Web: https://www.chomelbaby.com/
FB: https://www.facebook.com/chomelbb
IG: https://www.instagram.com/chomel_baby_/

Thanks for Reading kisahsidairy.com

Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

Mommy Blogger For any Advertorial | Sponsor Post | Product Review | Food Review | kindly email me at sitirohaida81@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *