Menu of the day,  RESEPI

Menu Berbuka Puasa Ramadhan ke-11

Assalamualaikum

Menu Berbuka Puasa Ramadhan ke-11 | Hai korang..Entry yang lambat untuk dipost untuk menu buka puasa ramadhan ke-11.Anakanda tak berapa nak sihat,so fokus lebih kepada dia je semalam.Tapi alhamdulillah,umi tetap menyediakan menu untuk berbuka puasa untuk keluarga.

Disebabkan babah dah request untuk Asam pedas ikan pari,so umi ikut jelah apa yang babah nak.Cuma umi tambah sikit buat Tauhu sumbat begedil daging.Rasa macam dah lama pulak tak makan,last makan masa officemate buat tahu ni.Tu yang rasa berkeinginan lagi nak makan tahu sumbat begedil daging ni.Selain tu jom kita layan dulu apa menu berbuka puasa umi hari yang ke-11

Goreng pisang pemberian jiran sebelah

Sayur bayam

Asam pedas ikan pari
Actually asam pedas ni aku ikut resepi dari SISLIN tau.Sebenarnya resepi asam pedas tu sama,cuma cara buatnya tu yang lain.Apa yang lainnya adalah teknik tumisan yang dibuat beberapa kali.Lebih pekat dan sedap.Tak caya korang boleh cuba.Ni hah..korang boleh tengok resepi dari SIS Lin .
Last but not least menu umi adalah ni hah..Tauhu sumbat begedil daging.Meh sini aku share sikit camane nak buat tauhu sumbat ni cara aku.Jom tengok resepi tauhu sumbat begedil daging.
resepi tauhu sumbat begedil daging
Tauhu sumbat Begedil Daging

RESEPI TAUHU SUMBAT BEGEDIL DAGING

– Beberapa biji kentang(direbus dan dilenyek sehingga hancur)
– Seulas bawang merah dihiris halus
– Daun sup
– Daging cincang Ramly(ikut suka nak pakai yang mana)
– Sedikit Garam
– Sedikit Gula
– Tauhu goreng(aku beli yang dah siap)
-2 biji telur
– Lada 
Tauhu yang siap ada di jual di kedai-kedai atau pasaraya

CARA BUAT TAUHU SUMBAT BEGEDIL DAGING

Rebus kentang sehingga lembik dan hancurkan.Di dalam kuali panaskan sedikit minyak dan tumis daging sampai air daging tu kering dan sejukkan seketika.Di dalam bekas berisi kentang ,masukkan daun sup yang dah di mayang halus dan bawang yang dihiris.Masukkan daging tadi dan perasakan dengan garam dan sedikit gula.
Ambil tauhu dan belah sikit atasnya,masukkan bahan tadi kedalam tauhu sehingga padat menjadi macam gambar di atas ni
Pukul telur dan masukkan tauhu di dalamnya.Kemudian panaskan kuali dan boleh la mula menggoreng.Settle..Lepas tu dah boleh dihidangkan dengan Sambal Kicap
Siap tauhu sumbat begedil daging
Ada ke yang tak tahu macam mana nak buat sambal kicap ni.Kalau takde sambal kicap,memang rasa tak complete je makanan tu kan.So buat sambal kicap untuk cecah tauhu tu.
Cara buat sambal kicap
-5-6 biji lada kecil
-Kicap
-sedikit garam dan gula
-limau nipis
Campurkan kesemua bahan diatas kemudian blender.Tak kisah kalau korang nak blend sampai halus pun.Masak sekejap di dapur sehingga dia agak pekat dan siap dihidangkan.Aku suka masak dulu sambal kicap ni supaya ia tahan lama dan boleh disimpan di dalam peti ais.So,bila-bila nak guna bolehlah ambil je ..

Thanks for Reading kisahsidairy.com

Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

Mommy Blogger For any Advertorial | Sponsor Post | Product Review | Food Review | kindly email me at sitirohaida81@gmail.com

8 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *