Menu of the day,  RESEPI

Menu Buka Puasa Ramadhan ke9

Assalamualaikum

Menu Buka Puasa Ramadhan ke9 | Untuk buka puasa kali ni pun masih MIL yang memasak.Jangan kata puan blog malas tau.Tapi bila ada orang tau kat rumah kita,dia takkan goyang kaki punya di rumah.Tak pernah lagi dengar orang tua yang malas nak masak untuk anak-anak kan.

Alhamdulillah,MIL meringankan sikit kerja umi yang penat bekerja..hahaha…Nanti dia dah balik kenalah masak sendiri.Padan dengan muka.hahaha..Lauk simple pun takpe,janji kenyang okeh.

So apa menu buka puasa untuk hari ini?

Ikan pari goreng
Kari ayam

Kerabu mangga.ada simpan sikit  menu yang semalam

resepi nona manis
Kuih Nona Manis
Actually kuih Nona Manis ni memang sedap.Kebetulan jiran dekat dengan rumah ada buat jualan,so tempah dengan dia.5 biji untuk RM2..Murah kan.Sebenarnya tak cukup makan kuih Nona Manis tu,Menyesal pulak beli sikit.Nak membuat Nona manis ni,kalau tak kena gayanya memang tak menjadi.Sebab aku pernah buat ,memang tak jadi..hahaha..Jom kita cari resepi Nona Manis.


Resepi Nona Manis

Bahan A
1 biji telur
1/2 cawan gula halus
1 cawan santan  ~ campur santan kotak dg sedikit air jadikan 1 cawan
1 cawan tepung gandum

Pukul telur hingga kembang atau boleh juga dikisar dengan blender.

Dalam bekas lain, satukan gula, tepung gandum dan santan, kacau rata.

Akhir sekali, tuangkan adunan telur ke dalamnya dan pukul atau kacau rata. Saya kisar dengan blender. Bila dah siap ketepikan


Bahan B
1/2 cawan santan pekat
1/2 cawan air daun pandan ~ ambil 5 helai daun pandan dan kisar dengan 1/2 cwn air dan tapis
1/4 cawan gula halus
1/4 cawan tepung jagung
Secubit garam
Sedikit pewarna hijau apple

Satukan gula, tepung jagung, garam dan sedikit pewarna hijau. Kemudian masukkan santan yang dicampur dengan air daun pandan. Kacau sampai rata dan tidak berbintil-bintil.

Kemudian masak dengan api sederhana hingga ia meletup-letup, berkilat dan sedikit pekat. Angkat dari dapur dan biarkan sehingga suam suam kuku.

Tuangkan adunan A ke dalam adunan B. Kacau rata sehingga ia menjadi adunan yang pekat dan licin. Saya kisar dengan blender bagi menjadikan adunan yang sebati. 

Ketepikan dahulu sementara kita sediakan adunan putih


Bahan C
1 cawan santan pekat ~ guna 1 kotak santan dicampur sedikit air dijadikan untuk 1 cawan
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar gula pasir
1/2 sudu kecil garam halus

Satukan semua bahan C dan kacau rata. Kemudian masak atas api sederhana sambil sentiasa di kacau hingga ia pekat.

Tunggu suam sedikit dan masukkan dalam piping bag atau bag plastik (bahagian hujung bag plastik).

Cara Membuat Kuih Nona Manis:

Panaskan periuk pengukus sehingga airnya mendidih. Balut tutup kukusan dengan kain supaya air pada tutup kukusan tidak menitis pada kuih.

Sediakan acuan lompang yang kecil, oleskan acuan lompang dengan minyak jagung.

Tuangkan adunan hijau dalam acuan lompang hingga 3/4 cawan acuan lompang. Kemudian paipkan adunan putih di tengah-tengah adunan hijau sehingga adunan naik memenuhi acuan cawan lompang.
Susun dalam kukusan. Kukus selama 7 hingga 10 minit. Angkat dan biarkan sejuk sebelum di keluarkan dari acuan. 
Kalau baca memang lah mudah kan.Tapi nak membuatnya,kalau jenis orang tangan keras,memanglah payah nak menjadi..hahaha..akulah tu.So,bila tak boleh nak buat,maka kita membeli jelah.At least kita menolong orang lain dalam perniagaan mereka kan.

korang boleh tengok jugak menu berbuka puasa aku yang lepas

Menu berbuka puasa Ramadhan ke-4

Menu berbuka puasa Ramadhan ke-5

Menu berbuka puasa Ramadhan ke-6

Menu berbuka puasa Ramadhan ke-8

Thanks for Reading kisahsidairy.com

Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutubeflickr

Blog tentang parenting, info, resepi masakkan ,panduan kerja di rumah, review produk, sharing info Johor, review makanan,

9 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE