bazar ramadhan

Persiapan menjelangnya Hari Raya dengan Kurta KACAX

 

Persiapan menjelangnya Hari Raya dengan Kurta KACAX | Hai korang..Dah siap ke persiapan untuk hari raya.wah..untunglah kan kalau yang dah siap awal ni.Alhamdulillah..walaupun baru seminggu puasa,persiapan untuk berhari raya dah pun aku siapkan dalam 40%.Itu pun beli sikit-sikit.Bila ada anak ni,kena buat persiapan awal,bukan apa,nanti ada je yang nak dibeli di saat-saat akhir.Itu perkara yang paling aku tak suka adalah persiapan last Minute!!

Actually kalau sebut pasal persiapan raya ni,of course pakaian adalah persiapan yang pertama akan dibuat dahulu betul tak.Alhamdulillah..proses persiapan baju raya dalam keadaan terkawal.Umi pun bila pergi shopping kompleks,tengok baju pun masih dalam kawalan lagi..hahaha..Takdelah terover sangat untuk membeli baju.

Disebabkan tahun ni adalah turn aku dan adik beradik aku di rumah kami,makanya tema dah pun kami tentukan iaitu Electric blue. ia seakan royal blue jugaklah.So,bila turn kami,semua akan berpakat untuk mencari warna yang sama walau pattern baju berlainan.Masa tu adik-adik kelam kabut dok tanya kakak dia ni baju jenis macam mana yang sesuai.Dalam whatssap group tu kemain riuh rendah ler bercerita pasal baju.Kalau yang perempuan ni takpelah jugak,banyak pilihan.Yang lelaki ni susah sikit.Ada yang nak kurta,ada yang nak bajulah,ada pulak nak pakai jubah.Haishh..pening tau.

Ada pulak sorang anak saudara yang tua tu,tak jumpa lagi baju dia.Dah,makngah dia pulak yang kena carikan untuk dia.Malam tu,lepas berbuka puasa,terus kami ke Angsana Johor Bahru.Yelah,kat Angsana tu macam-macam ada.Lagi satu,bila nak raya,Angsana memang menjadi tumpuan untuk mereka mencari persiapan raya terutamanya baju raya.So masa jalan-jalan di tingkat 3 Angsana,naik dari lift tu,terus terpandang BUTIK KACAX.Mula-mula seriau jugak nak masuk,takut kang si bujang tu tak minat.Paksalah jugak dia masuk dan try baju-baju yang ada di dalam Butik KACAX tu.

butik kacax

Depan Butik KACAX

 

Senang sangatlah nak jumpa butik Kacax ni.Dekat je dengan lift tu hah.So kat bawah ni nanti aku bagi address butik ni eh.Masa masuk Butik ni pun tengok orang ramai yang membeli..amboi..mesti ramai lelaki yang nak jadi KACAX masa raya nanti kan.Sementara menunggu bujang  tu mencari baju yang dia berkenan,maka makngah dia pun apa lagi,memang wajib lah kan tengok baju-baju keluaran KACAX ni.Kalau korang rasa material baju ni,memang aku bagi thumbs up lah.Tak panas tau.Lembut je kain yang mereka gunakan.Apa taknya,material Kurta Kacax diperbuat dari  “Cotton Osaka”.. Patutlah sejuk semacam kan..hahaaha.>Sempat je kan makcik dia menemuramah tuan kedai ni.

butik kacax
Label KacaX
Kat sini korang boleh pilih nak leher jenis macam mana,ada berkolar dan ada jugak teluk belanga.Kain pun korang boleh pilih jugak nak jenis macam mana.

 

butik kacax

 

butik kacax

 

butik kacax
 
Setiap keluaran baju kacax ni ada label  Kacax  di leher tau.So owner ni kata,mereka sendiri yang cari material dan designkan baju  ni..wah..hebat tak.
butik kacax
butik kacax

 

Sempatlah si bujang ni melaram Kurta Modica dan juga Mataro dari Butik KACAX
butik kacax

 

Pilihan bujang adalah Kurta royal blue Modica
butik kacax
Kurta kanak-kanak
Bukan yang dewasa je nak jadi kacax,anak-anak pun nak kacax bergaya di hari raya.Boleh satu tema dengan ayah dia masa raya nanti.Tapi memandangkan anak lelaki takde,jadi mampu tengok jelah..Ni yang rasa nak mengandung lagi ni..eh..eh.. tetiba pulak kan.
Aku difahamkan,mereka ada membuat kemeja dari kain Kurta ni.So,belek-belek lah kemeja kurta ni.Kain sangat selesa dan cantik pulak tu.
butik kacax
Kemeja Kurta Kacax yang pertama kali dikeluarkan oleh butik KACAX
butik kacax
Kemahin si bujang ni dok try jugak Kemeja ni.
Siap pesan kat Makngah dia,nak repeat datang sini lagi dekat-dekat nak raya nanti.Amboi..kemain tau.Sempatlah umi grab dua lagi baju untuk abang dan ayah.Settle baju si bujang ni.Tinggal nak pilih baju untuk anak-anak dara.Oh ya..Kalau korang pergi ke butik KACAX ni kan,mana tau nak cari pulak baju untuk anak perempuan or isteri tersayang..ala…belilah sehelai kan.Depan butik ni,ada booth Busana  Jamilah yang menjual baju wanita.Alang-alang tu,terus beli untuk satu keluarga..Settle..Tak payah nak pi banyak kedai.Baju pulak tu cantik-cantik.Nasib baiklah makngah ni dah beli 3 pasang baju raya.Kalau tak mau rembat lagi sehelai.
busana jamilah
Gembiranya hati bila dah dapat settlekan keperluan mereka.Insyallah nanti nak repeat pergi lagi.Sebab adik lelaki dah berkenan kat kurta ni.Eh,kalau korang nak cari kurta ,jangan lupa tau pergi ke Angsana Johor Bahru ni.Aku siap tapau kat owner butik,sape sape pembaca dari blog aku ni,aku mintak diorang bagi diskaunlah sikit kan..hehehe..nampak..baik tak aku..
butik kacax
So kalau korang nak buat pembelian di Butik KACAX ni jangan lupa sertakan kod di bawah ni.Dia akan tolak 20% dari setiap pembelian korang tu nanti.Korang just screenshot dan tunjukkan kat cashier eh!!
Kod Diskaun 20%
 BG08KACAX
 
Untuk warga Johor tu,jangan lupa datang ke Butik KACAX ni di alamat :
 Butik KACAXTM, 
L3.41 Level 3, Angsana JB Mall, JB
Boleh jugak korang tengok Page dan IG Butik KACAX seperti dibawah ni :
Atau wahtsapp terus ke :

#kurta #kurtakacax #kurtamurah #kurtalelaki #kurtamoden #kurtaraya
#kurtaslimfit #kurtabudak #kurtacantik #kurtababy #kurtacotton #kurta2018
#kurtakids #kurtaonline #kurtadewasa #kurtaborong #kurtastylo

 

Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutubeflickr

Blog tentang parenting, info, resepi masakkan ,panduan kerja di rumah, review produk, sharing info Johor, review makanan,

22 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE