Menu of the day,  RESEPI

Menu Buka Puasa Ramadhan ke-8

Assalamualaikum

Menu Buka Puasa Ramadhan ke-8 | Disebabkan MIL masih ada di rumah,maka dia yang memasak untuk kami..hehehe..Tapi petang tu,aku buat kerabu mangga untuk tambah lauk.

Actually,hari rabu lepas,my SIL bagi mangga ,so masa tu dah fikir nak buat kerabu mangga.Yelah,sekarang kan dah musim pelam dan mangga.Jadi yang menanam pokok pelam atau mangga tu mestilah dah dapat hasil tuaian kan.Teringin jugaklah nak tanam pokok pelam atau mangga di depan rumah,tapi disebabkan belum ada masa nak menanammya,maka kalau nak makan tu confirm kena beli or mintak dengan my SIL

Oklah.. jom tengok apa menu berbuka puasa kita semalam.

Kerabu mangga

Siakap asam pedas

Ayam goreng

Kobis goreng
Apa resepi yang aku pakai untuk buat kerabu mangga ni.Meh aku share resepi kerabu mangga style aku ni.Cuma semalam tak sempatlah nak letak kacang goreng.Kalau letak tu mesti sedap..Krak kruk makan kerabu  ni tau

Resepi Kerabu Mangga sedap

kerabu mangga
3 biji buah mangga (tak berapa nak masak lagi)
1 batang bunga kantan
1 biji bawang besar
3-4 biji lada kecil(ikut nak pedas atau tak)
2-3 helai daun ketumbar
Segenggam ikan bilis(digoreng garing dan ditumbuk)
sedikit kacang(disangai dan ditumbuk halus)
Sedikit garam dan gula
Perahan limau

Cara buat kerabu mangga

Buah mangga tu di racik halus.Hiris halus bunga kantan,bawang besar,lada kecil dan juga daun ketumbar.Kemudian masukkan semua bahan ke dalam satu bekas,masukkan ikan bilis  dan kacang yang dah ditumbuk.Perasakan sedikit garam dan gula.Last sekali perah air limau ke dalam bahan dan kacau rata.
Then,siap untuk dihidangkan.Kalau nak sedap lagi,pastikan ikan bilis tumbuk tu banyak..baru mengancam.

Thanks for Reading kisahsidairy.com

Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutubeflickr

Blog tentang parenting, info, resepi masakkan ,panduan kerja di rumah, review produk, sharing info Johor, review makanan,

5 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE