food Review

Burger Nasi Lemak sedap ke tidak?

Burger Nasi Lemak sedap ke tidak?| Aku tak sure samada promo Burger Nasi Lemak oleh McDonalds Malaysia ni ada lagi ke tidak.Sebab apa,sebab entry ni adalah entry Throwback yang dah terperam lama dalam Handphone ni.

Dari dibiar gitu je,boleh gak aku update satu untuk hari ini.Ketepikan dulu pasal politik tu.Kita biar Kerajaan baru untuk membuat pembaharuan seperti yang dijanjikan.Sebab,semakin kita masuk campur,semakin kita menjadi orang yang tamak,dan semakin kita menjadi orang yang tidak sabar.Kalau tanam benih hari ni,takkan dapat nak rasa hasilnya esok.So tak perlu kita nak menokok tambah benda yang tak sepatutnya.

Oklah…jom kita cerita pasal makanan.For Sure korang dah try kan Burger Nasi Lemak ni.haha..yang bestnya Tagline Burger Nasi lemak ni adalah Burger Nasi lemak Kebanggaan kita.Tapi tak taulah pulak part mana yang nak dibanggakan.Sebab bagi aku,nasi tetap nasi,takkan sama dengan roti kan…kah².

 

Burger Nasi Lemak sedap ke tidak?

 

Actually,selepas balik dari hantar Kakak Fiyah ke hospital,perut dah rasa lapar.Terus ajak babah singgah ke McDonalds Kota Tinggi.Minah sorang tu meraung tak hengat ler bila kena ambil darah.Satu tempat kecemasan dengar suara dia.Sampai orang dok tengok kenapa dia menangis bagai nak rak..Jerit tak hengat dunia tu.

 

Ok..dah habis cerita kakak,doktor kata demam biasa je.Tapi pelik bila malam je dia demam.Lepas balik dari Hospital tu lah kami ke McDonalds.

 

Burger Nasi Lemak sedap ke tidak?

 

Nampak menyelerakan kan..Sodap gitu nampaknya..Bila baca ramai update pasal Burger baru ni,ramai je yang tak setuju dan setuju rasa nasi lemak di Burger ni.Bagi aku so-so jelah rasa Burger ni.Rasa lemak tu ada di bahagian roti dan sambal..Sedap jugaklah menikmati.Tapi untuk repeat mungkin tidak.

 

Untuk satu set harga berbelas jugaklah.So kita add on yang lain-lain.Babah makan burger big Mac je manakala adik aku ayam dua ketul.Tak lupa Bubur Nasi untuk budak tak sihat tu.Aiskrim pun umi bedal.

 

Bubur Untuk Kak Fiyah

 

So,bagi aku not badlah jugak rasanya.Memang ada rasa Nasi Lemak di dalam Burger Nasi lemak ni tau.Korang dah cuba ke? so…sedap ke idok?

Thanks for Reading kisahsidairy.com

Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutubeflickr

Blog tentang parenting, info, resepi masakkan ,panduan kerja di rumah, review produk, sharing info Johor, review makanan,

13 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE