buffet ramadhan 2018

Buffet Ramadhan 2018 – Pulai Spring Resort Buffet Citra Ala Bazaar

 

Buffet Ramadhan 2018 – Pulai Spring Resort Buffet Citra Ala Bazaar  | Hai korang..Hah..entry kali ni aku nak cerita pasal menu buffet Ramadhan 2018  bertemakan ala Bazaar.Kali ni JDT Blogger di jemput oleh pihak Pulai Spring Resort untuk sama-sama meraikan preview ramadhan mereka yang bertemakan Buffet Citra Ala Bazaar ni.Of course bila cerita pasal Bazaar ni,mesti korang tahu kan,makanan yang dihidangkan sangat banyak dan berlainan.Begitulah tema yang ingin disampaikan kepada pihak Pulai Spring Resort kepada tetamu yang akan hadir untuk berbuka puasa di sini.

Buffet Ramadhan 2018 di Pulai Spring Resort yang bertemakan Bazaar ni betul-betul menggamit nostalgia melayu kita tau.Dengan nyanyian-nyanyian lama dan diiringi oleh ghazal sangatlah menyenangkan hati bila makan kat sana.Kira bolehlah aku rangkumkan yang kebanyakkan makanan yang dihidangkan merupakan makanan menu melayu tradisional.

Sila jangan kecur bila melihat gambar makanan yang akan dihidangkan di dalam blog ni ye.Of course 1stly camera yang akan merasai dahulu gambar-gambar menarik ni.Barulah korang akan rasa kesedapan hingga menjilat jari.


BUFFET RAMADHAN DI PULAI SPRING RESORT

Ok.Untuk korang yang tak tau mana letaknya Buffet Ramadhan di Pulai Spring ni,bila korang masuk je di Pulai Spring,terus cari lokasi Pulai Pavillion macam kat bawah ni atau korang tanya pak guard kat mana Gleneagles Terrace Restaurant ye.Masuk dalam tu,dan korang cari anak tangga ke bawah.Buffet Citra Ala bazaar ni kat bahagian luar je,.Nanti korang boleh nampak.Cuma bahagian dessert jelah yang akan dihidangkan di dalam.Aku nak highlight sikit menu istimewa yang pastinya sangat terkenal di Johor Bahru ni iaitu,Kambing Kuzi,Asam Pedas Johor,Sup Power,Laksa Johor,Kacang Pool,Pizza,Durian goreng,coconut shake dan 100 jenis menu yang dihidangkan di sini.

 

Tarikan utama di dalam Menu mereka adalah Menu Lamb Kuzi dan Nasi arab yang super sedap ni..

 

Chef yang bertanggungjawab di dalam penyediaan menu disini Chef Ruslee Ahmad
Selain itu juga,terdapat menu kampung yang sangat sesuai untuk kita nikmati tau.Pelbagai jenis lauk antaranya disediakan seperti di gambar di bawah ini.Ia adalah menu dari Teratak Gleneagles yang menyediakan Nasi arab,nasi putih,Lamb kuzi,Ayam masak Opor,Tulang rusuk masak merah,Kambing Gulai Kawah,Butter Prawn with curry leaf
Bagi Pembuka selera Cinta Ayu pula dihidangkan pelbagai jenis kerabu antaranya Kerabu kacang botol,kerabu Som Tam Ala Thai,Kerabu Taugeh dengan kerang,Kerabu Ulam Raja,Kerabu Pucuk Ubi,Acar Pulang Hari,Acar mentah dan Rojak Mamak.
Ulam-ulaman yang disajikan

 

Ini aku baru cerita Main Dish nya sahaja,belum lagi Bazaar lain yang diberi nama kemelayuan lama..Meh aku share sikit dengan korang.Selain Menu di atas,korang akan lihat menu seperti di bawah ni.

JOM ASAM PEDAS JOHOR DAN GULAI LEMAK

Di teratak ini,korang boleh merasa asam pedas Johor yang superb dan Gulai lemak yang sedap ikan pari dan ikan siakap.Serius korang tidak balik dengan perut yang menghampakan.
Asam pedas ikan siakap dan ikan pari

TERATAK PUTTING GREEN

Menghidangkan laksa Johor yang bagi aku memang cukup sinonim dengan bangsa Johor.Jangan cuba tau untuk singgah ke teratak putting Green ni.

TERATAK MAHARANI

Di Teratak Maharani,disediakan Sup Tulang merah (Kambing dan daging)Telur kukus dengan telur Asin.Sayur Goreng jawa dengan ikan bilis,Kailan ikan masin,Lemak labu,Lemak labu masak bugis.
Buffet Ramadhan 2018 - Pulai Spring Resort Buffet Citra Ala Bazaar
Ayam masak Opor

Buffet Ramadhan 2018 - Pulai Spring Resort Buffet Citra Ala Bazaar

Kambing Gulai Kawah

 Sayur Kailan

Buffet Ramadhan 2018 - Pulai Spring Resort Buffet Citra Ala Bazaar

Sayur Goreng jawa dengan Ikan Bilis

Buffet Ramadhan 2018 - Pulai Spring Resort Buffet Citra Ala Bazaar

Telur kukus dengan Telur Asin

Buffet Ramadhan 2018 - Pulai Spring Resort Buffet Citra Ala Bazaar

Butter Prawn with Curry Leaf

lemak labu bugis

TERATAK KAYANGAN

Di Teratak kayangan korang boleh dapatkan Murtabak daging yang penuh dengan isinya.,memang sedap untuk dimakan panas-panas tau.So part ni korang wajib cuba.Nasib baik aku nak cuba banyak lagi makanan kat sini,kalau tak,nak je ambil banyak.

TERATAK INDRAPUTRA

Antara menu wajib dalam hidangan buffet ramadhan sudah tentunya sate ayam dan daging.Mesti tak boleh lepaskan peluang ni tau.

Buffet Ramadhan 2018 - Pulai Spring Resort Buffet Citra Ala Bazaar

Buffet Ramadhan 2018 - Pulai Spring Resort Buffet Citra Ala Bazaar

 

TERATAK PUTERI SUIT

Teratak Puteri Suit menyajikan hidangan Johor iaitu Kacang Pool Pulai.Menu ni memang tak sempat aku nak try..Sangat rugi..Tapi aku dah book untuk ramadhan nanti.So boleh cuba.

TERATAK ANUGERAH

Menu masakkan panas-panas ni memang membuka selera kerana ia menyediakan masakkan goreng-gorang iaitu Mee goreng ala mamak dan Penang Char Kway Teow…Ni pun antara menu yang aku tak sempat nak mencuba

TERATAK MAHSURI

Antara Teratak yang menjadi tumpuan kerana ia menyajikan ABC dan Cendol serta Coconut Shake Klebang.Rugi tak cuba..sedap sangat

Buffet Ramadhan 2018 - Pulai Spring Resort Buffet Citra Ala Bazaar

Buffet Ramadhan 2018 - Pulai Spring Resort Buffet Citra Ala Bazaar

ANEKA KUIH MUIH

Aneka kuih muih memang disukai ramai tetamu kan.So disini disediakan jaudah kuih muih tradisional,kek,jelly dan Pulut mangga serta buah-buahan.Memang semua dessertnya sedap-sedap belaka.Jom kita jamu mata.

Abaikan makcik yang nampak gemuk disitu..haishh..salah posig ke salah baju ni..bhaha

Antara kuih -kuih tradisional yang disediakan disini

Aku still tak boleh move on dengan dessert yang dihidangkan..macam nak repeat banyak kali je ni ke sana.

So far,bila makan kat sini,nampak gaya santai dengan alunan muzik ghazal yang dimainkan..memang betul-betul menggamit suasana kampung tau.

So,untuk korang yang masih mencari-cari Buffet Ramadhan di sekitar Johor Bahru dengan harga dan makanan yang berbaloi,boleh cuba makan di Pulai Spring Resort Buffet Citra Ala Bazaar ni.

Jangan risau bab parking dan Surau,Semuanya tersedia secara percuma.

 

Harga untuk Buffet Citra Ala Bazaar Pulai Spring ni boleh rujuk kat bawah ye

 

Tarikh : 19 Mei – 13 Jun 2048

Masa : 7.00 – 9.00 malam

 

HARGA BIASA

RM108(dewasa)

RM45(kanak-kanak)

Pembelian Voucher  pada 1 April hingga 10 Mei 2018 korang akan jimat RM18

RM90(Dewasa)

RM45(Kanak-kanak)

TEMPAHAN

Telephone : +607 – 521 2121

Whatssap: +6017 745 5776(Cik Nadia)

Email : enquiry@pulaisprings.com

Untuk mengetahui lebih lanjut promosi lain ,boleh terus ke website

Pulaisprings.com

 
MAPS to PULAI SPRING

 

Mommy Blogger For any Advertorial | Sponsor Post | Product Review | Food Review | kindly email me at sitirohaida81@gmail.com

28 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *