Parenting moments,  Produk

Cara hilangkan batuk dan selsema pada bayi dengan Narinar Flutheraphy

Cara hilangkan batuk dan selsema pada bayi dengan Narinar Flutheraphy | Actually aku memang risau kalau anak-anak aku ni kena batuk dan selsema.Anak-anak ni,dia tak macam orang dewasa,boleh je keluarkan kahak dengan sendiri.Selsema boleh buang sendiri.

Tapi bila anak-anak batuk dan selsema menyerang mereka,alamatnya memang makan masa jugaklah nak baik.Walaupun dah ke klinik,habis dah ubat yang diberikan,tapi kalau kita tak tolong mereka untuk keluarkan kahak yang bergumpal kat dada tu pun membahayakan jugak.Betul tak..Sebab tu kita sebagai ibu bapa ni di sarankan kalau anak batuk dan selsema ni,kita bantu diorang dengan teknik tepukan di belakang dada.Aku ada syorkan petua menghilangkan batuk dan selsema mengikut Petua Tradisional di entry Petua hilangkan batuk dan selsema dan satu lagi entry cara keluarkan hingus dan kahak anak  di rumah ..Korang baca dan fahamkan ok.

Selain aku guna kaedah-kaedah di atas,aku ada juga berikan mereka minyak terapi untuk membantu mengurangkan batuk dan selsema dengan lebih cepat.Produk yang aku gunakan sebagai minyak terapi untuk anak-anak aku adalah Produk NARINAR.Narinar ni adalah produk bayi organik tau.So,sebab tu aku tak risau nak gunakannya..Ianya dijamin selamat

Cara hilangkan batuk dan selsema pada bayi dengan Narinar Theraphy

APA ITU NARINAR FT

Apa yang aku tau,Narinar adalah minyak terapi yang pertama dihasilkan di Malaysia  yang menggunakan 100% bahan semulajadi pati buah-buahan dan bunga-bungaan.Ia ada Gabungan minyak pati asli seperti Lavender,Lemon dan pudina dan lebih istimewanya ai turut mengandungi Gam Arab yang mempunyai banyak kebaikkan kepada kesihatan.

NARINAR FT terdapat 3 jenis minyak Terapi iaitu :-

Narinar FT(FLU Therapy)


– Narinar TT(Tummy Therapy)


– Narinar ST (Sleep Therapy)

 

 

Aku dah pun menggunakan ketiga-tiga Narinar Theraphy ni.Produk ni lah yang bantu aku bila anak kembung perut,batuk dan selsema.Bukan mereka je yang guna,malah aku dan husband pun guna jugak tau.Sebenarnya Produk ni ada je jual satu-satu botol,tapi alang-alang tu,aku beli 3 botol ni sebab aku rasa perlu kot aku simpan kat rumah untuk waktu-waktu kecemasan.Lagipun kalau beli 3 botol ni,jimat tau.

Cara hilangkan batuk dan selsema pada bayi dengan Narinar Theraphy
Narinar Flutheraphy  terapi selsema bayi
 
 

Narinar FT(FLU Therapy)

Bukan takat aku je,rasanya ramai je ibu kat luar sana guna  Petua hilangkan selsema bayi ni menggunakan kaedah tradisional dengan bantuan minyak terapi seperti Narinar ni.

 

Sebelum ni,bila Naura batuk dan selsema,aku banyak menggunakan kaedah tradisional yang aku sendiri google tentang petua hilangkan selsema dan petua hilangkan batuk bayi.Aku lebih suka menggunakan kaedah lama di dalam memastikan Batuk dan selsema Naura cepat sembuh.Ia sangat membantu hilangkan batuk bayi. 

Dan apa yang penting selain menggunakan petua-petua lama,aku menggunakan Narinar Flutherapy ini dengan kerap supaya batuk dan selsema dia pi jauh-jauh.

 

Cara hilangkan batuk dan selsema pada bayi dengan Narinar Theraphy

 

Cara menggunakan Narinar Flutherapy ni,aku  titiskan dua hingga empat titis di tapak kaki dengan teknik VITAFLEX..Vitaflex ni kira urutan pada kaki di Point tertentu.Lepas tu aku calitkan sikit dekat hidung supaya ia lebih senang untuk bernafas.Bab ni paling Naura tak suka,sebab rasa berangin tu yang dia tak berapa nak gemar,tapi bila aku guna Narinar Flutherapy ni,dia dah tak kisah aku letak kat hidung dia. 

Cara nak Narinar Flutheraphy ni aku refer kat video : https://sentihanibu.com/video-tutorial-terapi/

Narinar Tummy Theraphy

Narinar Tummy Theraphy ni aku gunakan bila Naura kembung perut.Narinar TT ni memang sangat sesuai untuk baby kembung perut.Jadi takdelah bila dia kembung perut,umi rasa stress.Naura ni,kalau perut dia kembung je,dia akan rasa tak selesa,masa tulah dia nak merengek je.Sampai nak tidur pun dia rasa tak selesa.
So,apa umi buat,ambil Narinar Tummy Theraphy ni dan umi titiskan di perut dan urut dengan cara gerakkan sekeliling pusat dan mengikut arah jam.Kalau dia dah start kentut tu,maknanya perut dah tak kembung lagi.. 

Narinar TT ni ada gabungan ekstrak  pati aloevera,serai wangi,lemon dan pudina .Kesemua ekstrak ni  memberi kelegaan segera dari perut kembung,sembelit dan cirit birit.Nampak tak kenapa aku suka guna minyak Narinar Theraphy ni..
Insyallah,dengan teknik urutan yang betul,kita dapat membantu melegakan perut kembung,sukar buang air besar dan kerap buang air besar serta najis cair.

 

Narinar Sleep Theraphy

Naura paling payah tau nak tidur.Kalau nak tidur tu,confirm dia akan berpusing-pusing.Puaslah umi dia dok,tukar position sebab dia selalu take over tempat umi.Nak suruh dia tidur tu memang ambil masa dalam sejam lebih jugak.Dah penat dia berpusing-pusing barulah dia tidur.Tu pun dah puas jugaklah umi dia dok bising.
So solution yang terbaik adalah umi amalkan  sapu Narinar ST ni pada dia supaya dia senang tidur dengan aman dan damai.
Cara guna Narinar ST ni paling mudah,aku titikan kat nadi pergelangan tangan dan belakang telinga.Lepas tu umi urut lembut tengkuk dia dengan Narinar ST  ni dan umi sapukan juga di bahagian tapak kaki.Tepuk-tepuk dia,confirm senang je dia hanyut.

Narina ST ni bagus tau kalau nak suruh nak tidur lena,kat dalam minyak theraphy ni ada pati lavender,epal hijau ,bunga chamomile dan bidara yang bagi aku sangat bagus untuk legakan pernafasan dan relaxkan minda.

Aku suka dengan bau Narinar ST ni,kalau aku rasa stress,aku suka hidu dan letakkan di bahu.Kalau dapat hidu tu,rasa hilang segala stress tau.Orang-orang tua pun boleh guna.Boleh dikatakan ia sangat berguna untuk seisi keluarga.

Muka happy je lepas umi sapukan dia Minyak terapi

 

 

Narinar Theraphy ni bagi aku sangat affordable tau.Harga yang boleh lagi aku berkira-kira untuk beli.Demi nak tengok anak sihat kan,berkorban sikit.Bukanlah setiap bulan nak membeli,so pada aku sangat berbaloi.Yang penting Produk Narinar Therapy ni ada kelulusan dari KKM.Tak caya cuba check..heheh.


 

 

So far aku memang recommended produk Narinar ni untuk korang tau,sebab aku dah cuba ketiga-tiga jenis minyak ni.Takde sebab aku tak perlukan produk ni untuk anak aku.Bagi aku harga produk ni pun berbaloi.Aku beli tiga produk ni terus sebab kalau korang beli set ni,dapat harga yang lebih murah kalau korang beli sebotol.Nak beli sebotol pun boleh jugak..Nak tau harga Narinar Theraphy ni korang boleh check kat Website mereka di SINI

Nak tau lebih details tentang Narinar Theraphy ni,korang boleh tengok details kat bawah ok.


NARINAR HQ

Alamat : No.2A-2,Jalan Puteri 2A/3

Bandar Puteri Bangi

43000 Kajang,Selangor

No Tel : 017-7171848

Facebook : NARINAR Malaysia- Terapi Bayi

Instagram : NarinaMalaysia

Website : narinar.com

Korang boleh guna code ni untuk diskaun

>>kisahsidairy10<<

 

Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutubeflickr

Blog tentang parenting, info, resepi masakkan ,panduan kerja di rumah, review produk, sharing info Johor, review makanan,

71 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE