Tips

Cara simpan Sayur agar tahan lama

Assalamualaikum

Cara simpan Sayur agar tahan lama | Actually,dah lama aku praktikkan benda ni.So far sayuran yang aku simpan untuk seminggu still lagi rangup kapkungkap…

Ada je cara lain untuk simpan sayur agar tahan lama.Tapi aku tak berapa nak buat sebab ada sekali tu aku buat,sayur jadi kuning dan ke tong sampah ler jawabnya.

Cara simpan sayur cara aku ni senang je,boleh la tahan seminggu,kalau sebulan tak taulah pulak kan.Tapi ada ke korang beli sayur untuk stock selama sebulan…hahaha..Paling lama pun sayur tu bertahan sebelum habis seminggu je .Aku takkan beli sayur banyak dan stockkan dalam peti ais.

Caranya macam ni,Kan ke korang beli barang dapur dari pasaraya,dia dah siap asing-asingkan bahan kering,bahan basah,sayur dan sebagainya dalam plastik yang berlainan kan.So korang just pastikan semua sayuran di dalam satu plastik.Jadi senang nak menyimpannya ye.Hanya sayuran je tau,takmo yang lain.Kalau ada lada ke ,korang asingkan di tempat lain.

Cara simpan Sayur agar tahan lama

Cara simpan Sayur agar tahan lama
Plastik yang aku campurkan semua sayuran di dalamnya
Lepas tu aku ikat plastik ni dalam keadaan ia masih ada ruang di atasnya.seperti dibawah
Cara simpan Sayur agar tahan lama
ikat dengan cara macam ni,biarkan ada udara sedikit di dalamnya seperti ini
Lepas tu,korang dah boleh masukkan dalam peti ais bahagian bawah ye..plastik lagi satu tu pun aku letak sayur jugak.Semua sayuran aku akan buat macam ni.Kalau lada besar atau lada kecil aku akan buat cara seperti di Entry INI
Simpan elok disini,cuma pastikan setiap kali korang ambil sayuran di dalamnya,ikat kemas kembali supaya sayur masih dalam keadaan yang baik.
Kalau korang tak ikat kemas,alamatnya sayur korang tidak akan kelihatan segar dan rangup ler…
Hah…itulah cara simpan sayur agar tahan lama yang lebih efektif aku lakukan.Korang pulak macam mana…Rasanya ramai je dah guna cara aku ni kan.

Thanks for Reading kisahsidairy.com

Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

Mommy Blogger For any Advertorial | Sponsor Post | Product Review | Food Review | kindly email me at sitirohaida81@gmail.com

28 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *