Tips

Warna Tema Baju Raya 2018

Assalamualaikum

Warna Tema Baju Raya 2018 | Dah fikir ke warna baju raya tahun 2018 ni?For sure punya korang dah pun start menempah kan baju raya untuk tahun ni.

Bagi aku,baju raya ni,kalau buat untuk family sekali,senang kena cari awal,tempah awal kalau nak semuanya sedondon.Sebelum nak menempah tu ,haruslah kita cari tema baju raya dulu kan.So,korang tau tak Trend Warna 2018 ni warna apa.Ok,untuk yang tak tahu tu,kalau ikut Pantone ni Tema baju raya atau trend warna tahun 2018 ni adalah warna Ungu Violet.

Warna Tema Baju Raya 2018

color trend 2018

Ungu Violet ni sangat cantik dan kalau korang nak nampakkan ianya lebih cantik,korang kena mix and match kan warna tu mengikut kesesuaian warna.So,takdelah dari atas sampai ke bawah,warna Ungu Violet je kan

Kalau mengikut arus kemodenan dunia fesyen sekarang ni,kebanyakkan warna memang perlu digabungkan dengan warna warna lain untuk menambahkan lagi keserian pada warna yang ditampilkan.Korang kena tahu tu supaya ianya nampak sesuai dengan kulit korang jugak tau.

trend dan warna tema 2018

PETUA APABILA MEMAKAI WARNA UNGU VIOLET

1.Jangan memakai warna ungu dari kepala hingga ke kaki.Mengenakan i item dari warna ungu mencerminkan suasana romantis dan misteri kepada pemakainya.

2.Jika di waktu siang,jika anda ingin ke pejabat,kenakan vest ungu cantik feminin,magenta atau lila.Juga boleh dipadankan dengan warna hitam atau putih.

3.Selain digabungkan dengan warna hitam,ungu juga boleh digabungkan dengan warna-warna neutral gelap seperti warna arang.

4.Warna Ungu juga boleh digabungkan dengan warna-warna terang yang lain seperti warna hijau rumput atau hijau limau.

Hah,itu sedikit petua apabila korang mengenakan baju berwarna Ungu Violet ni.So kalau korang dah pun menggunakan warna Ungu ni di tahun yang lepas,korang juga boleh memilih warna-warna lain yang mengikut tema warna tahun 2018 seperti dibawah ini.

Disebabkan aku dah pun gunakan warna ungu Violet ni beberapa tahun lepas,so tahun ni aku decide nak guna Electric Blue..kira sama lah kan warna macam Palace Blue tu…hehehe…

So,korang dah decide warna apa tahun ni?

Thanks for Reading kisahsidairy.com

Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutubeflickr

Blog tentang parenting, info, resepi masakkan ,panduan kerja di rumah, review produk, sharing info Johor, review makanan,

31 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE