Uncategorized

Fiesta Lampu-Lampu 2018 di Bukit Layang-Layang Pasir Gudang

Assalamualaikum

Fiesta Lampu-Lampu 2018 di Bukit Layang-Layang Pasir Gudang | Untuk warga Johor dan mereka yang berminat untuk menyaksikan kecantikkan lampu yang berwarna warni,bolehlah datang ke Bukit Layang-layang Pasir Gudang Johor.

Fiesta Lampu-lampu Bukit Layang-layang pasir gudang ini akan bermula dari 25 April 2018 sehingga 1 Mei 2018 yang akan menampilkan pelbagai aktiviti menarik  dan juga peluang perniagaan untuk usahawan tempatan juga.Apa yang menariknya di Fiesta Lampu-lampu 2018 ini,Pameran bunga mawar berlampu,Beca dan Train LED,Hiasan lampu-lampu LED,Belon buih gergasi dan pelbagai aktiviti yang akan dijalankan



Fiesta Lampu-lampu 2018
ini adalah pertama kalinya dilakukan di Johor Bahru.Untuk usahawan tempatan adalah di pelawa menempah lot gerai jualan untuk jualan pelbagai produk seperti makana,minuman,pakaian,kasut ,kosmetik dan sebagainya di Sini.Untuk korang yang ingin mendapatkan lot gerai bolehlah menghubungi  017-6564989(call/whattsap)

 AKTIVITI DALAM FIESTA LAMPU-LAMPU BUKIT LAYANG-LAYANG PASIR GUDANG

Setiap Hari


4.00 Petang -12.00 Malam
Pameran jualan dan promosi pelbagai produk dan perkhidmatan yang menarik oleh usahawan tempatan termasuklah pakaian,fesyen muslimah,penjagaan diri dan kecantikan,kasut ,jersi sukan,insuran,peralatan rumah dan banyak lagi.

– Belon buih gergasi dan permainan ‘Inflatable” Soopa Doopa juga turut disediakan.Tidak ketinggalan kemunculan watak-watak animasi dan adiwira terkenal

Pengunjung berpeluang untuk mencuba bermain “Bubble Football” yang akan mencabar kebolehan anda namun menghiburkan

6.00 Petang – 12.00 malam
– Pameran Bunga Mawar berlampu akan menarik pengunjung  untuk menikmati keindahan ribuan bunga mawar yang disusun dalam bentuk yang menarik.Pengunjung akan berpeluang untuk bergambar sambil bersantai bersama keluarga.

– Beca dan Tren “Barrel” LED akan memeriahkan lagi acara di mana anda sekeluarga berpeluang untuk mengelilingi sekitar kawasan Bukit Layang-layang dengan mengayuh beca atau menaiki tren yang dihias cantik dengan lampu LED.

Pelbagai hiasan lampu LED yang menarik akan turut menyerikan lagi sekitar kawasan acara.

8.00 malam
Berhibur bersama artis buskers(setiap malam) dan artis jemputan terkenal pada tarikh yang ditetapkan

27 April -1 Mei (9.00 malam)
Saksikan persembahan wayang kulit tradisional yang membawa pelbagai kisah masyarakat untuk hiburan sekeluarga.

Banyakkan aktiviti yang dijalankan,so save the date untuk ke sana nanti ye…

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Thanks for Reading kisahsidairy.com

Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

Mommy Blogger For any Advertorial | Sponsor Post | Product Review | Food Review | kindly email me at sitirohaida81@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *