FAMILY,  Tips

7 tips buat kerja rumah bagi ibu bekerja

Assalamualaikum

Hai korang..Jomlah kita membawang kejap…eh..suka nau dengan perkataan membawang tu kan.Takde apelah nak di bawangkan..Nak pillow talk dengan mak-mak yang bekerja.Nak kongsi cerita dengan ibu yang bekerja bagaimana nak menguruskan hal rumah bagi ibu bekerja.Apa yang perlu kita hadapi setiap hari..

Ini pengalaman dari diri sendiri.bercerita pasal diri sendiri yang kekadang tu sampai tak cukup masa..Exhausted sangat dengan kerja rumah dan kerja di office.Adakalanya penat tu,sampai tak boleh nak handle kerja-kerja rumah.End up,kerja rumah langsung tak buat,makan pun pakai tapau je.Tapau tu sesekali boleh lah kan..Kalau dah selalu,mau koyak jugak poket ni.

7 tips buat kerja rumah bagi ibu bekejra

Bagaimana kita nak hadapi situasi bekerja di office dan di rumah.Kalau kat office of courselah kan,ianya akan tertumpu pada kerja-kerja office je.Takkan mungkin dapat buat kerja rumah di office kan.Dilema mak-mak bekerja ni kekadang boleh buatkan kita sakit kepala weh.Tips yang aku nak bagi ni,aku dah apply pun untuk seharian..Mana tau kot korang pun nak apply cara macam aku ni kan.

7 tips buat kerja rumah bagi ibu bekerja

1.Siapkan bahan masakkan terlebih dahulu.

AKu memang akan siapkan bahan masakkan terlebih dahulu seperti lada dan bawang kisar memang siap-siap aku kisar dan masukkan dalam bekas.Setiap pagi,aku bangun,terus ke dapur.Basuh pinggan mangkuk yang mana belum basuh tu,periuk nasi semalam,aku rendam dulu.Ikan atau ayam yang aku dah fikir nak masak apa,aku keluarkan dari peti beku dan letak di bahagian bawah.At least,masa petang tu,bila aku dah keluarkan,takdelah aku kena tunggu ikan tu keras.

2.Masak dengan bahan sedia ada.

Actually nak masak ni,waktu hari bekerja,aku akan masak se SIMPLE yang mungkin.Yang dah ready untuk aku masak.Sebab tu bila berbelanja,aku akan beli barang siap-siap..Plan siap nak masak ape,walau kadangkala idea nak masak sesuatu tu bertukar kepada masak lain..haha…Beli siap-siap santan kotak,serai ke,ape-ape jelah yang kita nak masak.Kalau setakat untuk serai tu,aku dah siap tanam kat tepi rumah.Daun limau ,limau purut tu,aku dah siap semai dalam pasu.Benda ni wajib kot,tu yang aku tanam.Kalau nak beli tu,macam tak best pulak sebab kadang-kadang serai ni tak tahan lama.So..paling mudah kita tanam..hehehe

3.Cuci Pinggan mangkuk semasa memasak.

Aku rasa setiap ibu ni,kalau dia memasak,dia akan buat kerja sambilan seperti membasuh pinggan,mengemas,dan menjaga anak.Well said,wanita ni energy dia kadang-kadang lelaki pun tak boleh nak ikut…betul tak…hehehe…Sesambil masak tu,aku akan pastikan pinggan yang digunakan,terus basuh.

4.Basuh dan sidai baju sekerap mungkin

Aku akan basuh baju 2 hari sekali.Kalau tak basuh,alamatnya menimbunlah baju  yang bakal kering tu.Kalau weekend tu memang wajib basuh.Apatah lagi weekend la banyak masa untuk membersihkan rumah,tukar cadar,basuh cadar dan mengemas rumah..uih..tak habis-habis mengemas kan.

5.Lipat baju segera

Tak taulah kan orang lain,paling malas tau bab nak melipat baju,Nasib baik mesin lipat baju tu mahal dan susah untuk di dapati.Kalau tak nak beli sebiji letak kat rumah…Nak tak nak,kena lipat baju jugak.Kalau tak lipat,memang menimbunlah jawabnya.Aku pulak tak suka nak bertangguh lipat baju sebab bila lama kita tak melipat,baju makin renyuk dan payah ler nak lipat…eh…betul tak.

6.Gosok baju untuk seminggu.

Tabik spring kalau korang boleh buat macam tu.Secara praktikalnya,aku banyak beli baju yang tak gosok pun nampak ok je keadaannya.ngeh..ngeh…Lagi bagus kalau on weekend kita boleh gosok baju untuk seminggu terus.Selalunya tengok mood jugak aku gosok..

7.Kemas rumah semasa orang lain sedang tidur.

Last sebelum masuk tidur,aku akan ke dapur untuk membersihkan dapur yang aku masak tadi.Cuci pinggan mangkuk dan lap meja.Pastikan buang sampah supaya tak busuk satu rumah dengan sampah.And of course kemas balik mainan yang anak-anak dah main.Especially bilik yang selalu dia masuk untuk bermain.Sapu sikit-sikit walaupun orang tua kata tak baik menyapu malam.

https://siraplimau.com/tips-ibu-bekerja-tanpa-pembantu/

And last,sekali barulah masuk bilik,sambil mengadap handphone,sambil layan biji mata.

Thanks for Reading kisahsidairy.com

Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutubeflickr

Blog tentang parenting, info, resepi masakkan ,panduan kerja di rumah, review produk, sharing info Johor, review makanan,

7 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE