Uncategorized

Menu Nasi Tomato di Hari Minggu

Assalamualaikum

Hai korang☺☺Walaupun keadaan kesihatan tak mengizinkan semalam,sempat jugak buatkan husband Nasi Tomato.Rasanya Nasi tomato ni lebih mudah dan takde la leceh mana.

Kalau ikut resepi di google,memang banyak nak kena sediakan,cara mudah masak Nasi Tomato cara aku ni,simple je..tak susah mana pun..So far,rasa pun sedap…hehehe..Siapa nak puji diri sendiri.So maka bersilatlah kita di dapur

Actually,aku tak guna Tomato Puri tau.Aku tak suka sebab dia masam..Tapi tak taulah kalau aku terlebih letak,atau aku tak pandai buat..hah..itu jelah.Aku lebih suka blend tomato je.Jom ikut resepi aku ni

Oklah kan kejadiannya meh la aku share sikit Resepi Nasi Tomato mudah cara aku ni.

Bahan untuk Nasi Tomato

4 Biji Tomato -Blend sampai lumat(guna air sikit je)
1 biji Bawang besar dihirs
2 biji Bawang putih dihiris
Rempah 3 sekawan
1 biji tomato dipotong dadu
Tomato sos
1 kiub ayam
Daun sup
1/2 cawan susu cair

Cara nak masak nasi tomato

Panaskan sedikit minyak dalam kuali,dan tumis bawang yang dihiris sekali dengan rempah 3 sekawan tu.Kemudian korang masukkan 1 kiub ayam dan tomato yang dah di blend.Lepas tu masukkan susu cair.Kemudian masukkan jugak tomato sos serta perasakan dengan garam.
Kemudian masukkan ke dalam beras yang dah korang cuci.Masukkan air ikut sukatan dan letak terus dalam rice cooker.Kalau nak wangi,letaklah daun pandan dan letak daun sup  tu tau.And siap!!!

Acar timun tak cukup sifat sebab takde Nenas

Ayam masak merah
Simple je Nasi Tomato aku tu kan.Nak masak pun takdelah lama sangat.Lauk dia pun mudah sangat.Nasi tomato ni aku selalu jugak buat.itu pun kalau hari minggu atau hari cuti jelah aku buat.Kalau hari bekerja lauk aku simple dan senang nak ngap

Thanks for Reading kisahsidairy.com

Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

Mommy Blogger For any Advertorial | Sponsor Post | Product Review | Food Review | kindly email me at sitirohaida81@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *