festival layang-layang

Festival Layang-layang 2018 -28 Februari – 4 mac 2018

Assalamualaikum

Festival Layang-layang ke 23 tahun 2018 .Hah..ni pastinya buat korang tertunggu-tunggu kan.Sebab apa,Festival Layang-layang Sedunia Pasir Gudang akan di adakan setiap tahun pada bulan Mac tau.Dalam Festival ini penyertaan dari seluruh Negara mempamerkan kehebatan dalam menaikkan layang-layang dengan pelbagai saiz dan design mereka tersendiri.

Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang merupakan salah satu acara pelancongan anjuran Kerajaan Negeri Johor melalui Majlis Perbandaran Pasir Gudang dengan kerjasama,Tourism Johor,Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan Malaysia,Kementerian Majlis Pelayang Malaysia dan Persatuan Pelayang Johor.Festival Layang-layang ke 23 ini akan diadakan pada 28 Februari – 4 mac 2018



Festival Layang-layang 2018 -28 Februari - 4 mac 2018

Festival yang berwarna-warni adalah salah satu acara utama di dalam Kalender Pelancongan Negeri Johor .Festival tahun ini turut mengekalkan kolaborasi antara dua penganjur di Satun,Thailand dan di Pasir Gudang.

  • Festicval Layang-Layang Antarabangsa Satun,Thailand ke 38 pada 23-26 februari 2018
  • Festival Layang-Layang sedunia Pasir Gudang ke 23 pada 28 Februari -4 mac 2018
Festival Layang-layang 2018 -28 Februari - 4 mac 2018

ACARA-ACARA MENARIK FESTIVAL LAYANG-LAYANG 2018

  • Persembahan pelbagai bentuk layang-layang bersaiz besar dan sederhana oleh peserta antarabangsa daripada lebih 40 buah negara seluruh dunia dan peserta Kebangsaan seluruh Negara.
  • Pertandingan Layang-layang peringkat kebangsaan,peringkat Sekolah-sekolah ASEAN,sektor korporat dan kategori Pihak Berkuasa Tempatan Johor.
  • Pameran dan bengkel layang-layang awam oleh peserta antarabangsa dan tempatan.
  • Pertandingan membuat Wau Tradisional peringkat kebangsaan,Sekolah danPihak Perkuasa Tempatan Johor.
  • Persembahan “Lollypop Drop” oleh peserta antarabangsa dan tempatan.
  • Pertunjukkan menggunakan buggy dengan layang-layang.
  • Pertandingan “Malay Kite” Terbuka laga di Udara.
  • Pertandingan Layang-layang ciptaan kreatif 3D terbuka.
  • Pertandingan Rokkaku Korporat.
  • Pertandingan layang-layang ciptaan kreatif peringkat IPTA/IPTS Pasir Gudang.
  • Persembahan kebudayaan dan artis jemputan.
  • Pertandingan melukis dan mewarna.
  • Kempen kesihatan dan derma darah.
  • Ekspo Pelancongan dan Kraftangan.
  • Persembahan Eco World Symphony Drummers dan Eco World Choir(Majlis Perasmian).
  • Persembahan layang-layang bercahaya waktu malam daripada wakil komuniti 24 zon Pasir Gudang (Majlis Perasmian)
  • Persembahan Bunga Api(Majlis Perasmian)
Banyakkan aktiviti yang best-best kat sana.Bukan setakat aktiviti macam ni.pelbagai jualan makanan dan minuman serta baju dan tudung pun banyak di jual disini.Lebih seratus booth yang tersedia di sini..
Info Sini

Thanks for Reading kisahsidairy.com

Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutubeflickr

Blog tentang parenting, info, resepi masakkan ,panduan kerja di rumah, review produk, sharing info Johor, review makanan,

29 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE