PARENTING

Tonsil penyebab Naura Demam

Assalamualaikum

 

Hai korang☺☺Sehari sebelum umi naik kerja,Dak Naura pulak demam.Sebenarnya dah nampak dah simptom² dia nak demam,bila dok asyik terbaring,tak aktif dan tak banyak bercakap.Malam pun kalau tidur asyik nak mengaruk je.

 

So,hari Isnin lepas,umi terus bawak die di klinik Desa di Kampung.Rupanya doctor sahkan Tonsil dia bengkak..Besar pulak tu.Patutlah dia merengek je..Makan pun taknak.So,doktor suruh umi bagi dia makan aiskrim,yougurt atau benda-benda yang sejuk bagi mengecutkan tonsil Naura

 

Balik dari klinik,sempat umi ke kedai belikan dia aiskrim.Itupun memilih nak aiskrim paddle pop..Tapi umi just belikan dia aiskrim vanilla je…So,dia redha jelah kan makan walau banyak drama airmata dia tu.

 

 

Selalunya kanak-kanak ni mudah sangat nak kena demam kan.Kadang-kadang kita tak tahu samada demam tu disebabkan apa.Mungkin jangkitan atau mungkin ada sebab lain.Aku paling risau kalau anak-anak demam.Rasa nak tidur pun takut.Lagi jenis Naura ni kalau malam,panas dia akan naik mendadak..Masa tu memang standby kain basah jelah.Sikit-sikit bangun untuk jelum badan dan kepala dia.

Tonsil ni memang payah kita nak tahu bila terjadinya.Kadang tu kita tak tau apa punca tonsil tu.Sebab tu bila anak demam kena cepat-cepat pergi klinik.Macam aku,walaupun ada standby ubat demam,aku tetap akan pergi ke klinik.Kebiasaannya,aku akan pegi klinik yang biasa aku pergi,jadi doktor tu akan tanye ubat apa yang takde kat rumah.so,dia akan bagi ubat yang memang takde je kat rumah..jadi save lah sikit kan bayarannya.hah..alang-alang tu,jom kita tengok apa punca tonsil di kalangan kanak-kanak.

tonsil

 

Punca berlakunya Tonsil pada kanak-kanak adalah disebabkan dua sebab iaitu :-

  • Jangkitan Virus
  • Jangkitan Bakteria(15%  sahaja punca dari bakteria)

Kalau korang nak tahu,manusia mempunyai 2 kelenjar yang disebut tonsil iaitu terletak di sebelah kiri dan kanan rongga mulut atau dipanggil pangkal lidah.Ia berfungsi menapis virus dan bakteria dari memasuki saluran pernafasan sekaligus menjadi salah satu sistem pertahanan badan manusia.Namun,kadangkala tonsil gagal bertindak untuk memainkan peranannya dalam melawn jangkitan virus dan bakteria.Akibatnya,tonsil mengalami keradangan atau inflamasi yang disebut Tonsilitis yang boleh menyebabkan tonsil bengkak dan mampu mencapai saiz yang besar lalu meghalang saluran makanan dan pernafasan.

 


SIMPTOM PENYEBAB TONSIL

  1. Demam
  2. Batuk
  3. Selsema

GEJALA RADANG TONSIL

  1. Sakit tekak
  2. Tidak boleh menelan atau terasa sakit ketika menelan.
  3. Demam berpanjangan
  4. Sakit kepala
  5. Sakit -sakit badan.
  6. Suara garau atau hilang suara
  7. Kadangkala bengkak pada leher
  8. Mulut berbau
  9. Berdengkur
info :nurkids2u.blogspot.my

 

Alhamdulillah..sekarang ni tinggal selsema sikit je…risau jugak kalau melarat..kesian kat dia je.

Thanks for Reading kisahsidairy.com

Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

Mommy Blogger For any Advertorial | Sponsor Post | Product Review | Food Review | kindly email me at sitirohaida81@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *