rumah impian bangsa Johor

PROJEK RUMAH IMPIAN BANGSA JOHOR

Assalamualaikum

Hai korang☺☺ Berita baik untuk Orang Johor..Alhamdulillah..nampaknya ada lagi rezeki rakyat Negeri Johor untuk mendapatkan rumah sendiri dengan harga yang mampu dimiliki.

Lagi pulak sekarang ni harga rumah makin tinggi harganya,membuatkan ramai yang masih tidak mampu untuk memiliki rumah sendiri.

So,disini ingin aku berkongsi kepada mereka yang ingin memiliki rumah impian bangsa Johor ni,boleh melihat keterangan seperti di bawah.Kepada rakyat johor yang tidak dapat mendaftar bagi memiliki rumah yang diumumkan oleh DYMM Sultan Johor, boleh layari web www.yayasansultanibrahim.org.my

KRITERIA PEMILIHAN PEMBELI RUMAH IMPIAN BANGSA JOHOR

Kriteria bagi pemohon pembelian Rumah Impian Sultan Ibrahim dan Rumah Impian Bangsa Johor adalah sebagaimana berikut:

 1. Warganegara Malaysia, menetap 5 tahun di negeri Johor dan berumur 18 tahun ke atas.          (Keutamaan diberikan kepada rakyat Johor)

 2. Pemohonan rumah buat kali pertama

 3. Bujang atau telah berkahwin

 4. Satu permohonan bagi setiap pasangan yang telah berkahwin

 5. Pemohon atau pasangan yang masih belum memiliki rumah

 6. Pendapatan isi rumah berdasarkan jenis rumah yang ditawarkan.


Rumah Impian Sultan Ibrahim (RM80,000 – RM100,000) – Pendapatan tidak melebihi Rm5,000 sebulan

Rumah Impian Bangsa Johor A (RM100,001 – RM150,000)- Pendapatan tidak melebihi RM8,000 sebulan

Rumah Impian Bangsa Johor B (RM150,001 keatas)    – Terbuka dan tertakluk kepada pemohon 

JENIS-JENIS RUMAH:

Bandar Dato’ Onn (Coronade Properties Sdn. Bhd.)

Tempoh Projek: Hujung 2017-Hujung 2019

Rumah Impian Sultan Ibrahim

 1)Rumah Teres: 1,030 kaki persegi         – 190 unit

 2)Rumah Berkember (Semi-D): 1,000 kaki persegi – 130 unit

 3)Rumah Sesebuah (Banglo): 1,300 kaki persegi  – 200 unit

-Lokasi Strategik

-Dilengkapi dengan peti sejuk, mesin basuh dan sebagainya

-RM1 Pendahuluan

-Pinjaman Bank 100% oleh Bank Rakyat

““““““““““““““““““““““““““““““““““““““““`

Bandar Baru Majidee (Bandar Baru Majidee Development Sdn. Bhd)

Tempoh Projek: Pertengahan 2017-Penghujung 2019

Rumah Impian Bangsa Johor A

 1)Strata

 2)12 Tingkat – 320 unit -1,030 kaki persegi

 3)2 Blok

-Lokasi Strategik

-Dilengkapi dengan peti sejuk, mesin basuh dan sebagainya

-RM1 Pendahuluan

-Pinjaman Bank 100% oleh Bank Rakyat

““““““““““““““““““““““““““““““““““““““““`

Bukit Saujana (Mutiara S’City Sdn. Bhd.)

Tempoh Projek: Pertengahan 2018-Penghujung 2020

Rumah Impian Bangsa Johor B

*Jenis akan di beritahu kemudian.

 – 1000 unit

 – RM297,000-RM429,000

Saiz:

–  850 kaki persegi

-1,000 kaki persegi

-1,200 kaki persegi 

-Lokasi strategik berhampiran Pusat Bandaraya Johor Bahru

-Pinjaman bank 100% oleh Bank Rakyat

““““““““““““““““““““““““““““““““““““““““`

So,kepada korang yang berhasrat untuk memiliki rumah Impian bangsa Johor ni,cepat-cepat ke website seperti dibawah.Kalau ada rezeki insyallah la kan,ianya berpihak kepada kita.Janji kita kena usaha dan tawakkal…

www.yayasansultanibrahim.org.my

Thanks for Reading kisahsidairy.com

Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutubeflickr

Blog tentang parenting, info, resepi masakkan ,panduan kerja di rumah, review produk, sharing info Johor, review makanan,

21 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE