ANUGERAH JUARA LAGU

Juara Lagu AJL32-JAMPI

Assalamualaikum

Hai korang☺☺Mesti di wall facebook dan dimana-mana blog dah bercerita kan tentang Juara Lagu AJL32 ni.Tak terkecuali di blog ni.Bukan apa,Actually sebelum dari AJL 32 ni,aku memang ada tiba-tiba minat dengan nyanyian Hael Husaini.Nak pulak bila di Instagram Hael Husaini,dia banyak memainkan lagu-lagu Cover artis luar Negara  dan dalam negara.Cara penyampaian lagu yang tersendiri dan kemerduan suara dia buat aku suka sangat dengan Hael ni.

Hael Husaini ni,sejak zaman dia jadi artis duet lagi aku dah suka tau cara nyanyian dia.Tapi lebih tersuka bila dengar dia nyanyi live lagu Jampi.Dengar pulak dia masuk AJL32 kali ni,tu yang malam tadi aku layan Juara Lagu AJL32.Kalau yang tiap-tiap minggu Juara Lagu tu memang aku tak layan pun..hahaha..takde masa nak layan.

AJL 32,boleh dikatakan yang terlibat semua kebanyakkannya artis baru yang meningkat Naik.So,walaupun ada dikalangan mereka aku rasa tak layak untuk bertanding,tapi itu keputusan mereka kan,So,part tu aku memang malas nak berbahas..

Tahniah diucapkan kepada Hael Husaini kerana menjadi Juara dalam AJL32 ni.lagu JAMPI menjadi Juara lagu AJL 32 ni.Kira berbakat jugaklah kan dia kerana mampu menghasilkan lirik dan compose lagu ni dan sekaligus menjadikan lagu ini sebagai Juara Lagu AJL.

Image result for hael husaini jampi ajl 32

credit :berita harian

Jom kita tengok siapa lagi yang tersenarai sebagai Juara pada malam itu bagi kategori masing-masing

JUARA :HAEL HUSAINI(JAMPI)

NAIB JUARA : FAIZAL TAHIR(SEJATI)

TEMPAT KETIGA : HAQIEM RUSLI(TERGANTUNG SEPI)

VOKAL TERBAIK : SYAMEL & ERNIE ZAKAIA(AKU CINTA)

PERSEMBAHAN TERBAIK : ALTIMET(AMBOI)

Nampaknya Hael Husaini memang dah berjaya kan menjampi para peminatnya sampai ada lagi yang tak boleh nak move on dengan lagu Jampi tu

Thanks for Reading kisahsidairy.com

Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

Mommy Blogger For any Advertorial | Sponsor Post | Product Review | Food Review | kindly email me at sitirohaida81@gmail.com

4 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *