umrah

Ayah Ke Umrah

Assalamualaikum

Hai korang☺☺..sakan betul kan puan blog bercuti,rasa dari hari khamis minggu lepas,sampailah terbitnya entry terbaru kat blog ni.

Actually hari khamis tu badan rasa tak sihat..so,ambil MC.Keesokkannya  pulak memang ambil cuti sebab ada buat kenduri di Kampung dan terus lajak sampai hari Ahad.Kenduri tu sempena ayah nak ke Umrah..Alhamdulillah…tercapai hajat dia nak kesana.Sedihnya dia pergi seorang je.mak tak dapat nak ikut,sebabnya ..emmm…biasalah…belum ada rezeki nak pergi berdua.So,mak lepaskan ayah pergi dulu.

So,kenduri diadakan selepas asar Jumaat tu.Walaupun hujan,alhamdulillah.masih ada lagi yang hadir,rezeki ayah kan..Kami pun tak masak ape sangat,cuma masak soto je.Tapi alhamdulillah,ada je yang sponsor Nasi lemak dan kuih muih..Jadi banyak pulak menu.Sorry..menu tak sempat nak snap..Busy benau

Adik,kakak ipar and me

Orang kuat dapur ni tau..hahaha..dua adik perempuan takde dalam ni.Yang sedihnya aku tak dapat nak hantar ayah ke KLIA.Dia fly 5hb..So yang hantar dia,mak dengan tiga orang adik je.

Takpelah..janji ada jugak adik beradik yang hantar ayah ke sana.Sekarang ni kira hari kedua ayah kat sana.Moga dia dilindungi dan diberikan kesihatan yang baik.

Sebelum ayah pergi,sempatlah berwefie..

Tak sabar nak tunggu ayah balik.nak dengar cerita dia..

Thanks for Reading kisahsidairy.com

Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutubeflickr

Blog tentang parenting, info, resepi masakkan ,panduan kerja di rumah, review produk, sharing info Johor, review makanan,

10 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE