PARENTING

AKTIVITI HOMESCHOOLING MENGENAL WARNA

Assalamualaikum

Hai korang☺☺Aku sebenarnya risau untuk up entry yang berkaitan dengan apa yang aku buat.Sebenarnya perkongsian aku ni bukan untuk menunjuk-nunjuk yang aku bagus sangat dalam memberikan pendidikan pada anak-anak aku.Banyak kelemahan aku dalam mengajar mereka.Aku seorang ibu yang masih lagi belajar untuk memberikan yang terbaik untuk anak.Sebarang tips yang aku berikan di dalam ni,adalah diambil dari blog-blog yang memberikan aku motivasi untuk terus memberikan yang terbaik untuk anak.Perkongsian di blog ini adalah salah satu cara untuk aku ingatkan diri aku tentang apa jua tips yang dikongsi oleh sesuatu blog terutamanya blog yang berunsurkan parenting.

 

 

 

Sejak Naura semakin membesar,kekadang aku semakin risau kerana takut tidak dapat memberikan dia pelajaran yang terbaik.Itulah anak-anak dunia akhirat yang aku ada,kalau tak aku yang tolong mereka untuk menjadi lebih baik,siapa lagi kan.Biarlah bila mereka dah bersekolah,mereka tahu dah sedikit tentang pelajaran.Memudahkan cikgu untuk mengajar mereka.Aku tau,bukan mudah nak menjadi pendidik di zaman sekarang ni.Sebab tu aku berusaha untuk menjadi ibubapa yang terbaik memberikan sesuatu yang berharga untuk masa depan mereka.

Dari sekarang ,aku dah mula sikit-sikit menyediakan Homeschooling dari rumah.Target aku nak hantar Naura ke Tadika adalah 5 tahun.Dan umur 3-4 tahun aku akan masukkan ke kelas Fonik yang hanya mengambil masa 45 minit sahaja untuk persesi.Selebihnya aku nak dia enjoy dengan dunia kanak-kanak dia..

Antara aktiviti yang aku buat untuk dia dah banyak rasanya,Antaranya korang boleh tengok entry di bawah ni

Playdoh

Membaca

Deko bilik

Sekarang ni aku dah ajar dia untuk berjinak-jinak membaca fonik.Tapi untuk gabungkan ayat belum lagi.Cuma aku ajar dia nyanyi lagi Fonik iaitu Abu ada ayam bersama flashcard.Dia dah hafal lagu tu mengikut Flashcard yang aku tunjuk kat dia.Tak payah dah aku bagitahu kat dia flashcard tu bunyi macam mana.Cuma dia agak pelat,masih lagi belum boleh bercakap dengan fasih lagi.Setiap hari aku ambil masa dia dlam 10 minit je untuk menyanyi lagu fonik.Selebihnya dia akan tengok tv dan bermain basikal.Actually Naura ni dia suka menyanyi.Aku tak taulah kalau cara aku salah,aku banyak downloadkan dia lagu-lagu inggeris yang mengajar tentang warna,huruf dan abjad dalam bahasa inggeris.Ye..impian aku memang nak dia pandai bercakap bahasa inggeris.Walau mak pak dia tak pandai dengan bahasa tu,tapi tak mustahil tak boleh ajar basic inggeris kan.So,aku cuba dapatkan dia buku bahasa inggeris dan sama-sama membaca dengan dia.

Terbaru aku ada buatkan dia aktiviti agar dia boleh mengenal warna.Actually,kalau aku membaca dengan dia,selain aku bacakan untuk dia,aku akan bertanya pada Naura,warna apa yang aku tunjuk kat dia.Kalau dia tak tahu,kita kenalah bagitahu.Tak boleh terlalu nak memaksa anak untuk mengingati setiap arahan yang kita bagi.Kena makan masa.

AKTIVITI HOMESCHOOLING MENGENAL WARNA

Cuma ramai yang tegur kenapa perkataan purple bukan Ungu…hahaha…ok..itu aku tersilap..Tapi aku biarkan je dia sebab dia dah biasa dengan perkataan purple.Sedangkan biru pun dia akan cakap Blue.

Korang boleh layan video dia..Kalau dia dah malas dia takkan sebut,dia cuma masukkan je ke dalam cawan-cawan tu.

 

Selain itu,ada jugak aku buat aktiviti lain,iaitu pinggan polisterin tu,aku cucuk-cucuk dan aku suruh Naura untuk memasukkan batang aiskrim ke dalam lubang yang dah aku cucuk.Nak ajak buat aktiviti macam ni kena banyak bersabar.Lagi satu jangan ambil masa terlalu lama untuk melakukan aktiviti macam ni sebab kanak-kanak ni cepat bosan.So memang aku takkan lama buat aktiviti macam ni dengan dia.
Kalau dia dah boring,confirm bila kita suruh buat,dia akan buat dek je..Sakit pulak hati kita tau mommy..

Di atas tu ada penyepit kecil kan,aku akan suruh dia ambil penyepit dan sepit di tepi-tepi cawan tu untuk merangsang refleks tangan dia,menguatkan otot-otot tangan dia.Yang lebih penting ianya dapat membantu menghaluskan lagi Motor skills dak Naura.

Banyak lagi umi nak buat aktiviti untuk dia,cuma belum ada masa nak menghadap PC kat rumah tu.Kalau kita buat,dia pun sibuk nak duduk jugak depan PC.Next nak ajar dia tentang Shape pulak.

Thanks for Reading kisahsidairy.com

Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

Mommy Blogger For any Advertorial | Sponsor Post | Product Review | Food Review | kindly email me at sitirohaida81@gmail.com

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *