Produk

Set Hadiah ENCHANTEUR Dengan Wangian Penuh Keindahan

Assalamualaikum

Set Hadiah ENCHANTEUR Dengan Wangian Penuh Keindahan | Set Hadiah yang pastinya memberikan seribu satu kemanisan yang tidak dapat digambarkan dengan perasaan si penerimanya.Set Wangian dari Enchanteur adalah pilihan yang terbaik untuk dijadikan hadiah hari jadi,Hadiah hari perpisahan dan sebagainya.

Pemberian wangian dilambangkan seperti memberi sejambak bunga yang besar tetapi lebih praktikal dan mengandungi intipati kuntuman bunga semerbak.Pastinya penerima menerima dengan hati yang berbunga-bunga kan.Yang lebih penting lagi,haruman ini membawakan gabungan simbolik keintiman dan kemewahan.

Menyedari penghargaan yang diberikan terhadap wangian EDT,Enchanteur telah memperkenalkan 5 set wangian tersendiri yang disediakan dalam bingkisan yang direka cantik,sesuai untuk semua perayaan samada hari ulang tahun,hari lahir,anugerah pencapaian dan penghargaan.Wangian yang bersaiz 15ml ini menjadikan hadiah ini sesuai sebagai kejutan dan ia lebih mudah untuk dibawa di dalam beg tangan. Terdapat 5 set Hadiah wangian keluaran terbaru dari Enchanteur untuk dihadiahkan kepada yang tersayang iaitu

  • Set Hadiah  EDT Mini Enchanteur Paris(Mon Amie & Adore)
  • Set Hadiah EDT mini Enchanteur Paris (Belle Amour & Mon Amie)
  • Set Hadiah Enchanteur Paris Mon Amie
  • Set Hadiah Mini Enchanteur ( Mon Amie and Charming)
  • Set Hadiah Mini Enchanteur (Belle Amour & Romantic)

ENCHANTEUR adalah rangkaian wangian dan produk penjagaan badan berasaskan wangian berkualiti,mengikuti peredaran masa yang berinspirasikan keunggulan haruman Perancis. Wangian Enchanteur direka dengan unik untuk menghidupkan detik-detik romantis harian di setiap perjalanan percintaan menakjubkan

Kesemua Set Hadiah ini mempunyai bauan tersendiri yang memberikan perasaan si penerimanya tersenyum.

SET HADIAH EDT MINI ENCHANTEUR PARIS (BELLE AMOUR & MON AMIE)

Mon Amie bermaksud My friend(sahabatku),memberikan wanita aroma yang menyenangkan dengan penuh kesegaran.Manakala Belle Amour bermaksud Beautiful Love(Keindahan cinta)satu wangian yang di dambakan terhadap seorang gadis impian.Kedua-dua wangian floral ini melambangkan persahabatan dan hubungan cinta  yang mekar.Ia direka khas dengan bahan unik yang dapat memberikan mood keseronokkan pada siang hari serta pengalaman suasana temujanji yang indah.

SET HADIAH MINI ENCHANTEUR (MON AMIE AND ADORE)

Set Hadiah ini mempunyai dihasilkan untuk wangian yang memikat dan menawan hati orang sekeliling.Mon Amie mempunyai wangian aroma personaliti menawan dalam semua hubungan,yang merangkumi persona terang,dan ceria si pemakai.Wangian Adore pula menggambarkan haruman gadis idaman yang comel dan sentiasa meninggalkan kesan yang mendalam.Set Hadiah ini dapat meningkatkan mood si gadis agar dirinya sentiasa berasa istimewa dan berkeyakinan.

SET HADIAH MINI ENCHANTEUR (BELLE AMOUR & ROMANTIC)

Set ini diilhamkan dari personaliti romantis si gadis,ENCHANTEUR memperkenalkan set hadiah di dalam kotak merah jambu yang terdapat di dalamnya wangian BELLE AMOUR dan Romantic bersaiz 15ml setiap satu.Kedua-dua wangian menyenangkan ini bertujuan untuk menyemarakkan rasa cinta dan kasih sayang untuk menjadikan setiap detik bersama berharga.Tentunya korang terpesona dengan keanggunan dan kecantikkannya yang memukau.

SET HADIAH MINI ENCHANTEUR (MON AMIE AND CHARMING)

Set hadiah ini terdiri dari wangian Mon Amie dan Charming yang bersaiz 15ml setiap satu berkonsepkan wangian malam dan siang.Set ini dapat melengkapi gaya hidup si gadis yang gemar menggunakan aroma berbeza pada waktu siang dan malam.Wangian Mon Amie menunjukkan si pemakainya seorang individu yang periang dan mudah didekati.Manakala wangian Charming adalah wangian yang sofistikated yang menonjolkan keanggunan diri serta membuat sidia terpikat kepada si pemakai.
enchanteur

SET HADIAH ENCHANTEUR PARIS MON AMIE

Set ini mengandungi sebotol wangian EDT bersaiz 15ml beserta dengan losyen badan dan tangan Light & Fresh.Losyen ini sangat segar dan melembapkan kulit dalam pek size 100ml.Kedua-duanya di dalam variasi Mon Amie.
Losyen dari set ini diperkaya dengan lidah buaya,portulaca,ekstrak liquorice dan ejen pelindung matahari bertujuan untuk melindungi kulit agar lebih lembut ,cerah,lembab dan dapat melindungi kulit dari sinaran UV.
enchanteur
Sangat sukakan kedua-dua wangian ni.
Enchanteur
Botol yang cantik diilhamkan oleh Enchanteur sesuai untuk hadiah.
Mon Amie wangian untuk mereka yang periang dan mudah didekati.
Enchanteur

Wangian Romantic menyemarakkan rasa cinta dan kasih sayang untuk menjadikan setiap detik bersama berharga.

ENCHANTEUR PARIS MINIATURE EDT GIFT SETS ni dijual pada harga RM34.90(Semenanjung Malaysia,Sabah dan Sarawak).ENCHANTEUR PARIS MON AMIE GIFT SET berharga RM23.50(Semenanjung Malaysia,Sabah dan Sarawak).Selain itu ENCHANTEUR MINIAITURE GIFT SETS di jual pada harga RM34.90 di Semenanjung Malaysia & RM36.70 di Sabah dan Sarawak.

Untuk maklumat lanjut korang boleh layari website Enchanteur Malaysia

Facebook www.facebook.com/EnchanteurMY/

Instagram : www.instagram.com/enchanteurmy/

Thanks for Reading kisahsidairy.com

Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

Mommy Blogger For any Advertorial | Sponsor Post | Product Review | Food Review | kindly email me at sitirohaida81@gmail.com

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *