parenting blogger,  Tips

Pupuk Minat Naura untuk membaca

Assalamualaikum

Hai korang☺☺ Sebenarnya kalau ikutkan Naura tu bukanlah pandai sangat membaca.Tapi kalau nak latih anak kena dari dia kecil kan.Macam mana aku boleh terjebak dengan pembelian buku dan buku mewarna?

Semua ni sebab ada satu masa tu,bila Naura terus-terusan nakkan handphone.Dan bila dapat handphone,memang dia takkan lepaskan tau.Bila aku ambil handphone dari dia,confirm dia akan menangis macam kena pukul.

Disebabkan itu,aku banyak beli buku mewarna,pensil warna dan buku-buku cerita pendek.Kalau pensil warna tu jangan cakaplah berapa kali umi dia beli.Memang dah banyak kali dan banyak kali juga hilang dan bersepah.Tapi nak hilangkan ketagihan handphone,terpaksalah umi beli lagi dan lagi.Alah..umi beli yang murah-murah je.Tak mahal mana pun.Beli je yang kecil tu dalam rm2.00 tak silap.Kalau ada bookstore yang ada jualan penghabisan stock,memang umi beli lebih sikit buat stock.

Menjadi ibubapa di zaman serba canggih ni memang lah sangat-sangat mencabar ok..Kena gali banyak ilmu kekeluargaan,especially tentang anak-anak.Walau tak banyak ilmu pun,at least sedikit mesti ada.Sebab tu aku banyak jugak menggoogle bila timbul masalah yang aku tak boleh nak handle.Yang aku rasa perlukan tips untuk menangani isu tersebut.Contohnya tentang bagaimana nak memupuk minat anak untuk membaca.So bila terjumpa satu blog junioraulad ni,mereka kongsikan 6 tips pupuk minat anak membaca.

Jom aku share 6 tips untuk pupuk anak membaca

1.MULAKAN SEAWAL ANAK MASIH BAYI

Tidak mustahil memulakan pembacaan dari anak-anak masih bayi lagi.Anda boleh mulaka dengan membacakan buku yang bergambar besar dan menarik dan menunjukkan kad imbas kepada mereka.Biarkan anak melihat,memegang dan menggigit buku.

Selalu bercakap-cakap dengan bayi juga dapat meningkatkan rangsangan untuk membaca.

Tips mencari buku untuk anak-anak adalah membelikan mereka buku yang kurang ayat tetapi bewarna warni bagi menarik perhatian anak.Belikan mereka buku yang keras supaya ianya tahan lama.


2.MULA DARI IBU BAPA

Aku setuju dengan tips ni sebab ibu bapa adalah guru pertama bagi anak-anak.Anak lebih cenderung meniru perbuatan ibu dan ayahnya berbanding mendengar apa yang kita katakan pada mereka.Sebab umur-umur mereka ni jenis yang copy paste.Dia akan buat melalui apa yang mereka lihat dan dengar.

Setiap hari peruntukkan sedikit masa untuk membaca sekurang-kurangnya 15 minit.Mungkin juga kita boleh meminima kan masa melayan gadjet atau menonton televisyen untuk menjayakan misi membaca ini.

Sewaktu kita membaca,ajak dan ajar anak untuk membaca,lama kelamaan insyallah anak akan ikut.

3.WUJUDKAN LIBRARY DI RUMAH

Sediakan satu ruang khas yang lengkap dengan buku-buku,permainan dan karya anak-anak.Susun buku pada rak yang mudah diambil dan galakkan anak menyimpan semula buku di tempat asalnya.

Hari tu dibilik dia,memang aku dah wujudkan satu sudut dipanggil Sudut Ilmu untuk dia.Aku create sesuatu untuk menarik minat dia bermain dan belajar di dalam tu.Aku tampal bahan bacaan yang menarik minat dia.Pelan-pelan umi hias bilik dia.

cerita penuh di sini

Banyak lagi yang aku nak buat dalam bilik dia.Yelah,bilik tu kosong lagi memandangkan dia pun masih tidur dengan umi dia..Why not kan aku buat satu tempat untuk permainan dia hari-hari.Insyallah,nak tambah lagi buku yang ada di dalam bilik tu.

4.BAWA ANAK KE PERPUSTAKAAN/KEDAI BUKU/PAMERAN BUKU

Seperti yang disyorkan di dalam tips ni,bila kita ada masa terluang,bawa anak-anak ke tempat-tempat ini untuk menghidupkan lagi suasana ilmu.Anak yang dibiasakan dengan buku-buku akan merasakan ia sebagai salah satu elemen penting dalam hidupnya.

Buat masa ni aku belum lagi bawa Naura dan awfiyah ke perpustaakan atau kedai buku.Umi jelah yang dah banyak kali ke kedai buku.Ni antara buku yang rajin umi beli iaitu buku mewarna

5.BACA BUKU DI MANA DAN BILA-BILA MASA

Membaca buku bukan saja terhad semasa bersama anak di rumah,tetapi juga apabila anda keluar bersiar-siar bersama anak.Bawa bersama buku dan bacakan kepada mereka ketika di dalam kereta,di Taman atau ketika menunggu giliran di kaunter.

6.SEDIAKAN BUKU YANG MENARIK

Antara cara untuk menjadikan anak minat dengan buku ialah dengan memberi anak buku banyak gambar-gambar menarik dan kurang teks.

Itu sahaja tips yang dikongsikan di blog junioraulad untuk aku praktikkan kepada anak-anak.Umi cuba buat yang terbaik untuk anak-anak umi.

Thanks for Reading kisahsidairy.com

Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutubeflickr

Blog tentang parenting, info, resepi masakkan ,panduan kerja di rumah, review produk, sharing info Johor, review makanan,

14 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE