Tutorial Link

CARA BUANG BROKEN LINK DALAM BLOG

Assalamualaikum

Hai korang☺☺Fuh..lap peluh bila nak buat ni.Pernah tak korang check broken link yang ada di dalam blog korang..Berapa agaknya broken link yang terdapat di dalam blog korang..Baik korang check tau..mesti berduyun-duyun broken link yang timbul.Apa kena mengena broken link dengan blog.

Kepada korang yang mementingkan kualiti blog,broken link ini akan mempengaruhi kualiti blog korang tau.Sebab tu mereka yang mementingkan SEO blog,akan sentiasa check samada blog mereka ada ke tidak broken link ni.Bila terdapat banyak broken link di dalam blog,maka Google payah nak buat carian di dalam blog korang.Senang kata Google tak suka pada blog yang ada banyak broken link.Aku bercerita ni base on pembacaan aku di blog-blog SEO,tak pasti ianya betul atau tidak.So,aku meh sini tengok cara buang broken link dalam blog

APA ITU BROKEN LINK

Broken link berasal dari perkataan broken dan link.Broken ertinya pecah atau mati manakala link ialah tautan.Jadi jika broken link itu adalah link yang mati,jika di klik broken link itu,maka kita tidak akan dapat menemukan link yang dicari.Maka akan keluar perkataan PAGE NOT FOUND.Page not Found ini ialah halaman link yang tidak wujud ataupun salah.

Semua pautan harus membawa kepada tempat yang betul dan jangan dibiarkan mana-mana pautan di dalam blog membawa kepada halaman yang tidak dijumpai.

Kalau korang perasan,bila ada broken link pada link yang korang nak cari tu,mesti korang akan dibawa ke halaman 404 not found kan..Hah..maknanya link yang diberikan itu  salah,ataupun link tu dah mati.Ada dua sebab sebenarnya broken link ni tau.Apa yang aku tau,dua sebab itu adalah kerana link yang diberikan itu tak complete,tidak wujud dan halaman yang dituju itu telah dihapuskan.

Bagaimana nak mengetahui kewujudan BROKEN LINK dalam blog.

Korang hanya perlu check di google webmaster atau pun guna kaedah macam aku yang menggunakan website ini – http://www.brokenlinkcheck.com


Masukkan link korang ke dalam kotak seperti di bawah

CARA BUANG BROKEN LINK DALAM BLOG
masukkan link blog korang di dalam kotak tu

CARA BUANG BROKEN LINK DALAM BLOG

kemudian korang kena verified words yang di bagi..
Lepas tu make sure korang tunggu sehingga pencarian selesai ye.
CARA BUANG BROKEN LINK DALAM BLOG

Found 249 broken links

Last akan keluar DONE : Reached page limit

So lepas ni korang dah boleh cari broken link yang dia beri tu..Nampak senang,tapi sebenarnya susah..hahaha

So,macam mana nak cari broken link tu?Hah…korang ikut step macam aku buat ni ye.

CARA BUANG BROKEN LINK DALAM BLOG

Nampak tak broken link tu..hah..itu aku tunjukkan sikit je,sebenarnya banyak weh..Nak juling mata ni tengok.Di sebelah kanan tu ada nampak kan URL,SRC ad 504..Sebenarnya ada maksud-maksud tertentu..Tapi tak nak peningkan korang,korang just tekan dekat SRC tu,itu yang paling mudah untuk korang nak banteras broken link tu.So bila korang dah tekan,akan keluarlah entry yang ada broken link seperti di bawah ni

Nampakkan yang highlight tu,mesti korang tak dapat agak entry yang mana,Kalau korang tau sedikit pasal coding,for sure korang tau macam mana nak tengok entry mana yang bermasalah,
Terus korang scroll ke atas,akan nampaklah link yang korang cari tu seperti di bawah ni

CARA BUANG BROKEN LINK DALAM BLOG
So,broken link tu ada di dalam entry Flappy bird tu hah..Terus korang masuk dashboard blog korang and,cari post yang berkaitan seperti di atas ni.
CARA BUANG BROKEN LINK DALAM BLOG
Di dalam entry tu,korang tengok balik link yang korang masukkan,betul atau tidak,kalau tak betul,korang kenalah betulkan..ok..ada dua perkara je yang perlu korang buat samada hapuskan link tu atau tukar kepada link yang baru,
Hah..macam tulah aku buat sampai broken link dalam blog aku berkurangan.Tu baru entry tau.Ada yang broken link yang terdapat pada komen pembaca.Yang tu kroang kena cari dekat komen.Tengok balik tarikh yang dia komen,Kalau komen ni,aku terus delete, sebab memang tak boleh diselamatkan pun lagi.
Ambil masa jugaklah nak clearkan broken link di dalam blog ni tau.Bukan sehari dua,berminggu-minggu masa aku nak clearkan.Kalau dapat sekali buat dalam 10 link,ok dah tu.Kalau sehari 10,lama-lama habis gak. Memang rumit,tapi kalau korang sayangkan blog korang,so kena buat ok…

TIPS UNTUK MENGELAKKAN BROKEN LINK PADA BLOG

-Dari apa yang aku perhatikan masa aku cari broken link kat blog adalah,kebanyakkan entry contest,segmen dan giveaway yang banyak mempunyai broken link.Kalau korang nak tahu,banyak jugak entry segmen dan giveaway yang aku terpaksa hapuskan sebab link yang diberikan adalah tidak tepat.So bila korang anjurkan dan join giveaway,pastikan korang check samada link yang diberikan betul atau tidak.
– Pastikan korang masukkan link dengan betul ye nak-nak bila korang masukkan link dari sumber entry orang lain.
-Kalau boleh..ini kalau boleh lah kan, jangan buat link hidup di dalam post entry korang.Contohnya seperti ini kisahsidairy.com . Kalau boleh buat macam ni.. www.kisahsidairy.com sahaja.Harap korang faham lah ye.
-Pastikan check setahun tu sekali ke,atau lebih kerap lagi baik bagi mengenalpasti broken link yang terdapat dekat blog korang.Yelah,kadang-kadang kita letak dari sumber kan.So kita letak jugak link sumber tu,Dan lama kelamaan link tu dah tak wujud,itu pun salah satu punca broken link banyak dalam blog tau.
Ini adalah sedikit sebanyak tips yang boleh aku share dengan korang.Kalau ada lagi tips yang lain,boleh juga korang share di bahagian komen ye..
Alhamdulillah,aku dah berjaya menghapuskan broken link semua tu.Cuma mungkin ada 5link je yang tinggal.,Takpe,dari semasa ke semasa kena pantau jugak ni.
So korang macam mana,cuba tengok banyak tak broken link yang terdapat di dalam blog korang.

Thanks for Reading kisahsidairy.com

Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

Mommy Blogger For any Advertorial | Sponsor Post | Product Review | Food Review | kindly email me at sitirohaida81@gmail.com

13 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *