Homeschooling genius syurga

Buat Play doh guna Tepung Gandum

Assalamualaikum

Hai korang☺☺ hah..Kalau korang bacalah kan entry aku,Kalau nak baca lagi boleh klik SINI,Oh ya,entry tu aku cerita Deko bilik Dak Naura.So,adalah sikit-sikit nak buat homeschooling untuk dia.Yelah dia pun dah semakin membesar,so sebagai ibu,aku nak yang terbaik untuk dia,memandangkan dialah sorang (buat setakat nilah),Kalau tak jadi Doktor,at least jadi orang berguna..Yang bijak pandai..Boleh Masuk U,ada kerjaya yang baik dan semua tu untuk dia jugak kan.

So,bukan nak paksa dari awal lagi nak suruh dia belajar.Kalau ikut apa yang aku belajar dari Seminar yang aku hadir minggu lepas,boleh rujuk entry SINI ye.Penceramah tu kata,umur macam Naura ni,otak dia hanya fikir bermain.And , diorang takkan fikir apa-apa selain bermain.sebab tu ramai yang nak jadi budak-budak kan..kah².Sebenarnya kalau kita pandai create permainan untuk diorang,secara tak langsung,kita banyak menggerakkan otak kiri mereka,which is otak kiri tu memberikan mereka lebih kecenderungan untuk berfikir lagi..

So,umi kena pandai create permainan dan hah!! yang penting kena main sama dengan diorang,kena jadi macam diorang..Kena berkawan dengan diorang!! So,aku akan set mind untuk bermain dengan diorang ni hah..Bukan sebelum ni umi tak pernah belikan dia Play Doh,pernah kot,tapi tak bertahan lama..Sekejap je..So,bila banyak kali beli,memang lah sangat 

merugikan.Bukan murah gak Play doh ni.So,baiklah umi buatkan untuk dia play doh homemade.

Banyaklah rujukan yang umi cari macam mana nak buat Play Doh ni.Hah..Kalau korang rajin,sila google homeschooling activities.Blog orang putih banyak weh aktiviti yang diorang buat.Hah..Kalau korang nak tahu,bagaimana buat play doh guna tepung gandum sahaja,sila baca entry di bawah ni ye.

Buat Play doh guna Tepung Gandum

Bahan-bahan untuk buat Play doh

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 gelas air suam
  • 3-4 sudu minyak masak
  • pewarna kuih
  • Sedikit garam

Cara-cara membuat play doh guna tepung

Di dalam satu bekas,masukkan tepung ,garam dan juga minyak.Kacau dan masukkan air sedikit demi sedikit sehingga tepung yang di adun tu tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembik.Bahagikan tepung yang diuli tu kepada beberapa bahagian yang korang nak.
Ambil bekas dan letak pewarna yang dah dicampur dengan air.Kemudian uli di dalam bekas yang diletakkan pewarna.Uli sehingga pewarna tu sekata dengan tepung.
Takde gambar yang aku nak tunjuk sebab buat dengan Naura,memang habislah tepung bersepah..Kalau lagi bagus,kita buat sekali dengan diorang.Cubitkanlah sikit tepung yang korang dah uli tu.ajak dia uli sekali..

Buat Play doh guna Tepung Gandum
Tada……Siap dah Play doh umi
Aku masukkan play doh ni ke dalam bekas tertutup supaya taknak dia keras.Bila dah macam-macam warna,kemahin sukalah Naura tu.Mau taknya…Lepas settle je buat play doh ni,terus dia ajak main.Masa ni umi dah penat ,mata dah mengantuk,tapi energy dia untuk bermain banyak lagi…hadoiiii..sila bertabah ye umi.
Buat Play doh guna Tepung Gandum
Karipap Play doh warna merah.Gasaklah nak
Buat Play doh guna Tepung Gandum
Tu apa pun tak tau dia buat apa,Dia kerat -kerat masuk dalam bajak tu.
Itu jelah yang dia buat.Nampaknya umi kena uli lagi tepung,letak warna lain pulak dah…..

Thanks for Reading kisahsidairy.com

Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutubeflickr

Blog tentang parenting, info, resepi masakkan ,panduan kerja di rumah, review produk, sharing info Johor, review makanan,

41 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE