decoration

5 Jenis Bilik Tidur Yang Dihias Cantik Dengan Kertas dinding

Assalamualaikum

Hiasan dalaman sesebuah ruang sangat penting dalam menghasilkan suasana dan tema yang dikehendaki. Selain mengisi ruang lantai dengan perabot dan barang perhiasan, ruang dinding juga perlu diberikan perhatian. 

Kertas dinding (atau wallpaper) dan teknik cat bercorak adalah antara pilihan alternatif yang menarik untuk menghias bilik tidur tanpa membelanjakan wang untuk renovate bilik tidur. Kebanyakan pemilik rumah lebih gemar menggunakan kertas dinding kerana cirinya yang lebih tahan lama, boleh dilap, dan tempoh kerja pemasangan yang singkat.

Jika anda berhasrat untuk menghias dinding di rumah anda, mari lihat 5 buah bilik tidur yang telah dihias cantik dengan kertas dinding bercorak yang pasti akan buat anda jatuh cinta.

1. Bilik tidur moden kontemporari ini kelihatan menarik apabila dihiasi dengan kertas dinding bercorak dwi warna, coklat muda dan putih, serta kabinet gantung berwarna hitam pelbagai bentuk.

Projek oleh: Hatch Design

2. Kertas dinding bertekstur dengan corak segi empat berwarna coklat muda seakan warna tanah menjadi pilihan pemilik rumah ini, sesuai dengan hiasan dalaman bilik yang bertemakan kayu asli. 

Projek oleh Klaas Interiors 

(Baca: Which Wall Covering Is Better For Your Home?)

3. Bilik tidur milik si anak gadis ini nampak menarik dan ceria dengan kertas dinding bercorak paisley yang berwarna-warni. 

Projek oleh Bonnieblue Furniture & Interiors

4. Kombinasi kertas dinding bercorak bunga dan kepingan laminated wood menjadi pilihan untuk menghiasi bahagian kepala katil yang sekaligus dianggap sebagai feature wall untuk bilik tidur ini. 

Projek oleh La Conception Hauz

(Baca: 70 Living Room Design Ideas in Malaysia)

5. Walaupun dikenali sebagai kertas dinding, ia juga boleh digunakan untuk menghiasi bahagian siling. Corak bunga dan daun dalam warna coklat muda keemasan menjadi pilihan pemilik bilik tidur ini. 

Projek oleh Hatch Design

Ada sesetengah pemilik rumah yang pilih untuk lakukan pemasangan kertas dinding sendiri. Tetapi secara peribadi, saya berpendapat lebih baik jika anda gunakan khidmat pakar untuk melakukan pemasangan kertas dinding tersebut. 

Jika anda menggunakan perkhidmatan wallpaper installer, mereka akan lakukan lawatan ke rumah anda untuk ukur keluasan dinding, periksa kondisi dinding dan beritahu jumlah gulungan kertas dinding yang diperlukan sebelum memulakan kerja. Apabila anda sudah membuat pilihan kertas dinding mengikut citarasa dan kualiti yang sesuai, mereka akan lakukan kerja pemasangan dalam tempoh yang dijanjikan.

Dapatkan sebut harga untuk perkhidmatan wallpaper installer melalui Recommend.my. Kongsi maklumat ringkas perkhidmatan yang anda perlukan, dan terima maklum balas daripada pihak Recommend.my dalam tempoh beberapa jam sahaja.  

Thanks for Reading kisahsidairy.com

Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

Mommy Blogger For any Advertorial | Sponsor Post | Product Review | Food Review | kindly email me at sitirohaida81@gmail.com

13 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *