Uncategorized

Khasiat Teh Hijau Yang perlu diketahui

Assalamualaikum

Hai korang☺☺ Lately ni,sangat risau dengan kesihatan,nak buat fully checkup kat klinik,madang je takde masa,Tapi dalam pada tu aku ada jugaklah mengambil langkah untuk menjaga kesihatan.Terutamanya pengambilan makanan iaitu mengurangkan garam dan juga gula..

Siapa kat sini yang mengamalkan pengambilan Teh Hijau? of course aku akan angkat tangan kerana aku adalah salah seorang yang mengamalkan pengambilan Teh Hijau.

Mungkin ada yang tahu dan ada yang tak tahu tentang Khasiat Teh Hijau ni kan.Teh hijau ini adalah tumbuhan yang mampu memberikan kita kesihatan dan menngawal serta mencegah pelbagai jenis penyakit.Teh hijau ni mengandungi nutrien dan antioksida semulajadi yang dikenali sebagai Polifenal.

Antioksidan sangat diperlukan di dalam badan seorang kerana fungsi antioksidan ini adalah untuk meningkatkan fungsi otak selain mengurangkan berat badan dan risiko menghidapi pelbagai jenis kanser.Teh hijau dikatakan terkenal sebagai sumber minuman semula jadi yang memiliki banyak kebaikkannya untuk badan.


ANTARA KHASIAT TEH HIJAU ADALAH


MENINGKATKAN KESIHATAN MENTAL DAN FUNGSI OTAK

Pengambilan teh hijau bukanlah hanya untuk mencergaskan otak,tetapi ia juga menjadikan seseorang itu menjadi pintar kerana ia menngandungi kafein yang tidak berlebihan yang mampu merangsang sel-sel otak dan menjadikannya lebih aktif


MENINGKAT KECERGASAN FIZIKAL

Teh hijau merupakan minuman yang membantu proses pembakaran lemak dan pada masa yang sama meningkatkan kadar metabolisme dalam badan.Dalam satu kajian yang dilakukan terhadap 10 orang lelaki,terbukti yang mengambil teh hijau telah meningkatkan penggunaan tenaga mereka sehingga empat peratus.


MENCEGAH PENYAKIT KANSER

Teh hijau dapat mengurangkan risiko kanser payudara,prostat,kolon dan banyak lagi.


MENCEGAH PEMBENTUKAN BAKTERIA PADA GUSI

Kajian membuktikan katekin yang terdapat pada daun teh hijau mampu membunuh mutan streptococcus,sejenis bakteria yang sering dijumpai pda gusi dan sekitar mulut manusia.Oleh itu,mereka yang meminum teh hijau setiap hari akan memperoleh kesihatan gusi dan mulut berpanjangan serta terhindar daripada masalah nafas berbau.

MELAMBATKAN PROSES PENUAAN

Antioksidan yang terdapat  di dalam ekstrak teh hijau mempunyai banyak kebaikkan kepada manusia.Selain itu,ia membantu menghasilkan tekstur kulit yang sihat dan cantik.Bagi mereka yang mengamalkan minum teh hijau setiap pagi akan menikmati tahap kesihatan yang lebih baik kerana tumbuhan ini juga dapat membuang toksin dalam badan

sumber :Utusan

Dulu aku ada jugaklah ceritakan Kelebihan Teh hijau ni. Tapi tu lah kan,on off jelah dok minum teh hijau ni.

Sekarang ni aku suka sangat dengan Teh Hijau Ahmad.

sumber: google

Brand Teh Hijau yang paling aku suka


Actually aku suka satu lagi Teh hijau Ahmad yang ada campuran Jasmine..Bila minum rasa sejuk je tekak ni.


sumber:google

Ahmad Tea Jasmine Green Tea

Stock untuk di Office.
Bila minum teh hijau ni,tahanlah korang akan ke bilik air je..Tapi baguslah kan,cuci segala-galanya yang tak bagus dalam badan tu..
Harap aku istiqomah la minum teh hijau ni..Kekadang mood ada pasang surutnya.

Thanks for Reading kisahsidairy.com

Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

Mommy Blogger For any Advertorial | Sponsor Post | Product Review | Food Review | kindly email me at sitirohaida81@gmail.com

14 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *