JDT BLOGGER,  JOHOR,  Travel,  VISIT JOHOR

Kembara Blogger Johor 7 | The ELS Club Desaru Coast

Assalamualaikum

Hai korang, walaupun pengetahuan aku tentang dunia Golf ni zero,tapi tetap berpeluang untuk merasai dan mengetahui sedikit sebanyak tentang Golf ni semasa kami di The ELS Club Desaru Coast di Desaru Kota Tinggi.

The ELS Club Desaru Coast ini ditubuhkan selepas kewujudan Club Els di Teluk Datai Langkawi.Di The ELS Club Desaru Coast terdapat 45 lubang gold dan ia terdiri daripada dua padang golf yang berbeza iaitu  27 lubang Ocean Course dan 18 lubang Valley Course.

                                      

The ELS Club Desaru Coast ini diuruskan oleh pakar Golf terkenal Iaitu Ernie ELS  ini akan membawa satu standard baru Golf ke Asia Tenggara.Terletak di Pantai Desaru di Selatan Negeri Johor,The ELS Club Desaru  akan menjadi salah satu Golf course terbesar di rantau ini dan memberikan satu cabaran kepada pemain terbaik di dunia.

Mr.Haris menerangkan tentang The ELS Club Desaru Coast kepada blogger

Selepas itu kami di bawa untuk meronda bilik-bilik eksekutif untuk tetamu-tetamu.Memang hebat tempat ni.

Fuh..memang ekslusif tempat diorang ni.Orang yang besar-besar tu boleh la datang ke sini nak bermain golf.

Sebelum Meronda kita berambar di sini dulu..Nampak tu The ELS Club Desaru Coast

buggy

Selepas kami di bawa untuk meronda bilik-bilik tetamu ni,kami di bawa meronda ke kawasan golf pulak.Kami di bawa dengan menaiki buggy ni.

Pemandangan di sekitar The ELS Club Desaru Coast ni,korang boleh rujuk gambar di bawah

Kami sempat stop kat salah satu area bermain golf yang menghadap laut
Bergambar kenangan bersama blogger

Untuk Newbie dan mereka yang ingin belajar menjadi PRO,diadakan juga ELS Performance Golf Academy bagi melatih mereka yang ingin mempelajari tentang Golf.

Di dalam Academy ini terdapat beberapa bilik yang mempunyai kelengkapan belajar cara memukul golf.

Buggy yang boleh menempatkan 6 orang dan 4 orang 
Untuk korang yang berminat mempelajari tentang cara bermain Golf,dan berjinak-jinak menjadi seorang Pemain Golf terhandal,hah..bolehlah join academy ni
Kalau korang nak tahu,Bandar Penawar sedang berkembang maju setelah adanya minyak di pengerang.Ia menjadikan Bandar Penawar tempat pelancongan yang terkenal di mata dunia..Insyallah

                

The Els Club Desaru Coast

No.4,Jalan Danau
Desaru Coast,81930 Desaru
Johor Darul Ta’zim
T: +60(7) 8780000 F : +(7) 878 0001
Email : reservations@elsclubmalaysia.com

Thanks for Reading kisahsidairy.com

Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

Mommy Blogger For any Advertorial | Sponsor Post | Product Review | Food Review | kindly email me at sitirohaida81@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *