JDT BLOGGER,  JOHOR,  Travel,  VISIT JOHOR

Kembara Blogger Johor Part 3 | Legoland and Hello Kitty Town

Kembara Blogger Johor Part 3 | Legoland and Hello Kitty Town |  Masih lagi di dalam entry kesinambungan Kembara Blogger Johor anjuran Torusim Johor dan MITA.

Actually ini adalah tempat yang kami pergi selepas Ekspo Johor Berkemajuan.Mula-mula kami singgah di Legoland.Alhamdulillah cuaca pada hari tu walaupun sedikit hujan,tidak mematahkan semangat kami untuk terus mengeksplor Legoland ni.Memandangkan aku pernah beberapa kali ke sana,jadi aku dan beberapa blogger yang pernah ke sini,ambil peluang sikitlah untuk berehat sambil update Socmed kami pada hari tu.

hello kitty town

Oh ya,kalau korang nak tahu pasal Legoland ni,bolehla korang tengok entry Legoland di bawah ni ye.Legoland adalah salah satu tumpuan pelancong yang datang ke Negeri Johor tau setakat ni.So,sangat rugi kalau korang tak kesana

So kalau korang sempat boleh la terjah entry-entry di atas untuk lawatan..keh..keh.
hello kitty town

Selepas pada keluar dari Legoland,destinasi berikutnya adalah Hello Kitty Town.Kira tempat ni The most popular untuk para pelancong tau.Tempat yang harus dilawati di Johor dan Ia dikenali sebagai Sanrio Hello Kitty Town yang terletak di Puteri Harbour,Iskandar Johor.

Kepada korang yang tak tahu ke mana hendak membawa anak-anak di musim cuti persekolahan,memang recommended ke sini.Banyak tau aktiviti yang korang boleh dapati disini.
Sanrio Hello Kitty Town mempunyai 3 level untuk korang menikmati keriangan berganda tau.Bukan sahaja korang dengan Hello kitty malah korang boleh juga berjumpa dengan beberapa Characters yang membuatkan anak-anak teruja.Ok.aku akan cerita apa yang ada disetiap level Sanrio Hello Kitty Town ini
Level 1
Cinnamomorll Cafe
Purrfect Stage
Wishlist Studio
Tea cup Ride
Kawaii Photo center
Dream Photo Garden
Kitty’s House
Friendship Land
Hello Kitty in OZ

 

Level 2
Angelina’s Dance Studio
Bob’s can-Do-Crew & 3D Bricks
Bob The Builder Play Structure
Pingu’s Igloo
Barney’s Playhouse & Maze
Barney’s Yard
Fun Room 1
Fun Room 2
Activity Zone

 

 

 

 

 

Level 3 (Thomas Town)
Harold’s Buffer Stemies & Thomas Diesels Ride
Bertie the bus
Knapford Station Thomas Train Ride
Sodor Playground
Windmill Ride
Mc Bunn Cafe
Coline Crane Drop Ride
Wellsworth Station

 

 

mak-mak yang merasai nikmat alam kanak-kanak..serius seronok
Hah..Korang pilih lah mana satu level korang nak pergi.Paling best of courselah Hello Kitty Town.Korang akan di bawa ke alam fantasi tau..uihh…seronok sangat-sangat.
Kalau korang pergi pada Weekday,korang bolehlah Meet and Greet Hello Kitty,My Melody dan juga Bad Batz-Maru..Tapi ada lah schedule yang dah ditetapkan tau.
last but not least..bergambar kenangan dengan Hello Kitty Characters
 
 
Jangan risau,dalam ni ada beberapa cafe imaginasi yang boleh korang pergi.Jadi tak risau kalau anak kelaparan.

 

Syok tau masuk cafe diorang ni…semua ada gambar Hello kitty.
Satu lagi kalau korang nak beli sourvenier Hello kitty,bersebelahan je dengan Cafe ni.Rambang mata tau tengok ni
 Rambang mata
mak-mak muka happy keluar dari Hello Kitty
So kalau korang yang berminat untuk datang ke Sanrio Hello Kitty ni,bolehla tengok alamat dan website yang diberikan di bawah
Alamat:

 Sanrio Hello Kitty Town

Persiaran Puteri Selatan, Puteri Harbour
79000 Iskandar Puteri
 Johor, Malaysia.
1300-88-326459
FB: Sanrio Hello Kitty Town
IG: sanriohellokittytown
*Di buka setiap hari dari 10 pagi hingga 6 petang.*
Korang juga boleh baca entry-entry berkaitan dengan Kembara Blogger Johor

Thanks for Reading kisahsidairy.com

Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

Mommy Blogger For any Advertorial | Sponsor Post | Product Review | Food Review | kindly email me at sitirohaida81@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *