Travel,  travelblogger

Kembara Blogger Johor Part 1 | Eco Tourism Kg.Sungai Melayu

 

Kembara Blogger Johor Part 1 | Eco Tourism Kg.Sungai Melayu | Hai korang.Alhamdulillah..selesai sudah kembara Blogger 4 hari 3 malam yang dah aku ceritakan sedikit tentang Sinopsisnya di SINI dan di SINI .hah..kalau korang rajin boleh lah baca entry aku terdahulu ni.Disebabkan banyak tempat yang kami lawati,so aku buat by part untuk senang korang faham dan ketahui apa yang menarik tentang JOHOR.Jika korang nak tahu pasal pelancongan di Johor Bahru boleh layari website Tourism Johor di bawah ni ye

 

http://tourism.johor.my/

 

Pada hari pertama trip Kembara Bloggers,kami telah menjelajah Eco Tourism Kampung Sungai Melayu.Meh aku introduce sedikit tentang kampung ni

 

kampung sungai melayu

Kampung Sungai Melayu ini terletak di hujung Selatan Neger Johor di Malaysia berhampiran Johor Bahru dan Singapura.Kampung ini telah dibuka dari 100 tahun yang lalu tau.Kampung ini terdiri daripada orang melayu yang kebanyakkannya adalah Nelayan.Kampung Sungai Melayu terkenal dengan penangkapan makanan laut yang segar seperti ikan siakap,Ikan keli,Udang,ketam,dan kupang ternakan.

Selain itu,hutan bakau yang mengelilingi hampir 70 % dari kampung ini adalah salah satu tempat persinggahan burung migrasi dari Siberia pada bulan ogos sehingga april setiap tahun.

Satu ketika dahulu,kampung ini juga digunakan askar Jepun sebagai salah satu laluan untuk menyerang  singapura semasa perang kedua.

Kalau korang ingin menikmati dan merasai hidup perkampungan Kampung Sungai Melayu ini adalah tempat yang harus korang lawati.

Selain itu juga pelbagai aktiviti yang korang boleh lakukan disini  tau.Meh aku share apa aktiviti yang boleh korang buat di Kampung Sungai Melayu ni


1. BOAT TOUR PACKAGE(RM35  seorang)

-Melayari Sungai Bakau

-Menangkap Ketam

-Melawat tempat sejarah- jepun menyerang Singapura pada perang dunia kedua.


2.LEARNING PACKAGE(RM25 seorang)

– Menangkap ketam

-Menjala

-Demonstrasi produk tempatan

-Membuat hasil kraftangan


3.MALAY KAMPUNG TRAIL(RM30 seorang)

-Melawat rumah tradisi melayu

-Petting Zoo.

-Demonstrasi memakai kain batik dan kain sarong.

-Permainan tradisional

-Demonstrasi produk tempatan.


4.FISHING PACKAGE

-8.00 am to 5.00pm(RM25 per head)

-8.00 am to 9.00pm(RM30 per head)

-7.00 pm to 8.00 am(Overnight)

2 bilik di Raft House & Dapur Barbeque (RM50 per head)


5.BIRD WATCHING

Burung Migrasi adalah dari November sehingga mac setiap tahun.

So korang yang meminati salah satu aktviti di atas,kenalah datang ke Kampung Sungai Melayu…Memang recommended.ni kira port kaki mancing jugak lah kat sini tau

Ok…ni antara aktiviti yang ada di sini yang perlu korang cuba tau.Semasa kami disini,Kami di bawa untuk melihat paya bakau tau.Memang cantik pemandangannya .Rasa tenang je melihat keindahan dan kehijauan pokok-pokok di sekeliling Sungai Melayu ni.Masa 1st time menaiki bot,memang rasa takut,nak-nak pulak bila korang berselisih dengan boat-boat tu yang rasa boat korang tu akan senget.Huihh…berderau jugaklah.Tapi lepas tu dah ok..Memang seronok tau.

kampung sungai melayu
sempat juga si Hernee snap gambar muka orang takut
kampung sungai melayu
Menyelusuri Paya bakau di sekitar Sungai Melayu
 
 
     Selepas pada itu kami ke tengah-tengah sungai tu untuk melihat penternakkan Kupang disana.
En.Pandak Ahmad sedang memberikan taklimat tentang penternakkan kupang dan sekitar kawasan ini
 
 
 Tempat penternakkan Kupang di Kampung Sungai Melayu

 

hah..ni nak bagitahu kat korang,Kupang ni ada jantan betinanya tau.Yang kemerahan tu adalah
Kupang betina manakala yang nampak pudar tu adalah kupang jantan.

 

Cik Puan Blog bergambar di atas tempat penternakkan Kupang

 

Anak-anak kupang yang masih lagi diternak

 

Pemandangan ala-ala korang berada di HongKong
Selepas itu kami di bawa untuk ronda-ronda sekitar Sungai Melayu sebelum naik ke darat.
Selepas naik ke darat kami disajikan dengan makanan berasaskan hidupan laut.Memang sedap.Dan kalau korang nak tahu,di sini adalah restoran yang terkenal di kawasan Gelang patah dan Nusajaya kerana Makanan laut yang fresh tau.Asam pedas kat sini memang terbaik.
Makanan yang dihidangkan untuk pihak Media..Alhamdulillah..kenyang sangat
 tempatan orang kampung 
Produk tempatan orang kampung



Kerepek kupang,belacan,kerepek pisang dan pelbagai lagi.1st time tau aku dengar kerepek kupang.Yang hitam tu kerepek kupang yang belum lagi dipotong menjadi kepingan.
Sebelum balik,wajiblah kan korang membeli produk-produk tempatan ni untuk diberikan kepada keluarga.
Kepada korang yang merancang untuk melawati Eco Tourism Kampung Sungai Melayu,ingin merasai sendiri keindahan dan kehidupan melayu sebenar,boleh lah contact person incharge di bawah ni.Memang korang akan membawa kenangan manis sepanjang di sana

Call: Puan Sharifah (+6019-7045904)
Facebook : Sungai Melayu Eco Tourism
Email : sungaimelayuecotourism@gmail.com
Alamat : Sungai Melayu Eco Tourism,80200 Johor Bahru ,JOHOR

 

Maps ke Eco Tourism Kampung Sungai Melayu

Thanks for Reading kisahsidairy.com

Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutubeflickr

Blog tentang parenting, info, resepi masakkan ,panduan kerja di rumah, review produk, sharing info Johor, review makanan,

6 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE