lazada,  online shopping

Barangan Murah di Lazada MYCyberSale 2017

Assalamualaikum

Hai korang☺☺Tolong …tolong eh..Kalau korang tak kuat iman,tolong jangan masuk website Lazada hari ni..Sebab apa,sebab sekarang ni Lazada sedang mengadakan jualan MYCybersale 2017 dengan diskaun hebat sehingga 90%..

Apa??? dah termasuk website? hadoii…Niat dulu sebelum masuk tu,nak tengok-tengok je tau..Ha??? murah?? tolong…tolong beb…aku tak tahan dah ni..serius..

Kenapa? Barangan keperluan anak murah sangat ni.Haishhh..Pampers dan susu terlajak murah dah ni.Kenapa eh. kan dah bagitahu yang Lazada sedang mengadakan Jualan MYCybersale 2017.Diskaun sehingga 90% dari 9 oktober sehingga 13 oktober sahaja tau.

#MYCYbersale 2017

Ni pun dah banyak aku do add to cart ni..Sedang berfikir jugak ni samada nak check out ke tidak.Kalau tak check out ni kang,rasa rugi pulak sebab bukan selalu tau LAZADA MALAYSIA ni buat sales ni..Lazada the best of online shopping yang selalu aku masuk

Bila dia dah mula buat sales,kena lah rancang pembelian.Supaya tak membazir.Beli apa yang patut sahaja.Selalunya bila sales macam ni,aku peruntukkan beli pampers dan susu anak je.Takl ebih dari tu.eh..eh..walaupun terkadang tersasar jugak terbeli benda lain.Parah kan..hahaha…

Korang,meh sini..aku nak share dengan korang tentang tips berbelanja Online.




BANDINGKAN HARGA

Ini adalah salah satu perkara yang mesti korang titikberatkan semasa membeli.Apa yang perlu korang buat,bandingkan harga di semua laman web yang berkaitan dengan barangan yang ingin korang beli tu.

CARI HARGA PALING MURAH

Kebanyakkan website akan memaparkan produk yang diutamakan di website mereka.Apa yang perlu korang buat adalah menyusun harga yang paling murah ke harga yang paling mahal..Jadi kat situ korang boleh tengok harga mana yang patut korang pilih.Dari situ korang boleh nampak harga yang paling murah.

GUNAKAN KUPON POTONGAN HARGA

Manfaatkan kupon potongan harga yang diberikan oleh laman web jualan atau promosi daripada bank untuk mendapatkan harga yang lebih murah atau bonus lain.Lagi best kalau dapat Lazada Voucher..memang bestlah kan bershopping.

contoh macam ni

DISKAUN PADA HARI PERAYAAN

Selalunya website online shopping ni akan mengadakan sales pada hari -hari perayaan atau ulang tahun,so korang kena plan untuk shopping pada hari yang mereka mengadakan sales di musim-musim perayaan atau ulangtahun.macam Lazada #MYCybersale ni.

REFUND

Check semula adakah barangan yang dibeli boleh dikembalikan atau tidak kerana,bila ada sales macam ni,mestilah banyak produk yang habis stock atau salah penghantarannya.so korang kena make sure samada ianya boleh dikembalikan atau tidak.

CEK RATING SELLER

Di website ni,terdapat ribuan penjual yang berbeza.Untuk langkah keselamatan dan produk yang dibeli tu terjamin,berbelanjalah dengan penjual yang memiliki rating yang tinggi.


BACA ULASAN

Ni wajib tau kalau korang nak shopping online.Rajin-rajinlah baca ulasan yang diberikan oleh pembeli terdahulu.Di ulasan pembeli terdahulu pun korang boleh tahu gambaran barang yang korang nak beli sebab ada sesetengah barangan,korang tak tau macam mana keadaannya kerana ada yang ditunjukkan di situ tidak sama dengan barangan yang diterima.So better baca

hah..itu jelah tips yang aku dapat berikan kepada korang yang ingin shopping secara online..Semoga berguna untuk korang.Bukan apa kan,bila shopping online ni,banyak kriteria yang korang kena ambil kira sebab korang tak nampak depan mata.So harap membantu.

Lagi sekali nak bagitahu,LAZADA MALAYSIA sedang mengadakan jualan #MYCybersale 2017.Banyak barangan menarik diberikan dengan diskaun sebanyak 90%. Jualan #MYCybersale berlangsung dari 6 Oktober sehingga 13 Oktober 2017




Jom Shopping SINI

Thanks for Reading kisahsidairy.com

Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

Mommy Blogger For any Advertorial | Sponsor Post | Product Review | Food Review | kindly email me at sitirohaida81@gmail.com

39 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *