Uncategorized

Makan Cendol Durian Viral di Al-ameen Aiskrim dan Cendol

Assalamualaikum

Hai korang☺☺Throwback hujung minggu yang lepas.Masa tu kakak ada dengan aku.Saja ambil dia kat kampung sebab aku plan nak ke Melaka minggu depannya.Aku ada ceritakan kisah tu di entry Percutian singkat Melaka-Pahang.So sebab tu aku ambil dia awal sikit.

Sebelum tu,sempatlah bawak kakak pusing-pusing pasir gudang.Plann nak cari pampers dan susu adik di UO yang kebetulannya memang ada sales.

Alang-alang dah kat situ,cubalah juga Cendol durian Viral di pusat bandar pasir gudang ni.Alah,alang-alang nak menunggu kakak main scooter,singgahlah minum kat situ.

Kakak dan scooternya.Adik pulak tak pandai main.so adik duduk je lah dengan umi diam-diam

Kakak kalau jumpa yang macam ni dia memang suka sangat.Mesti nak pau umi dia.Tapi takpelah,sekali sekala umi dengan dia.Layankan jelah dia.

 Kedai Cendol Durian yang Viral di Pasir Gudang.
Aku tak sure berapa satu bekas ni.Tapi total damaged untuk 3 dalam RM45 tak silap aku.

 Pada korang yang tak makan sangat benda ni,aku syorkan korang kongsilah laki bini.sebab apa,portion dia besar.Sedangkan aku makan pun tak habis.phew…memang banyak tau

Husband dok expect ada durian sebutir dalam tu,membuatkan dia rasa tak puas hati takde durian seulas kat situ..hahaha..Mybe dia dah siap-siapkan supaya senang nak hidang.Dalam bekas kecil tu lah durian.Diorang memang asingkan durian tu.

Kotlah korang tiba-tiba tak suka durian kan.Hah…so dah mencuba,jadi dah taulah rasanya macam mana.Nak ulang lagi makan kat situ,emmmm..tak lah kot sebab aku tak berapa nak minat sangat.Banyak sungguh kan makanan yang viral sekarang ni.Kalau boleh semua nak mencubanya.Tapi tulah,tepuk dada,tanya selera.Kalau tak menyinggah di UO memang tak rasa lah Cendol durian ni tau.

Thanks for Reading kisahsidairy.com

Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

Mommy Blogger For any Advertorial | Sponsor Post | Product Review | Food Review | kindly email me at sitirohaida81@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *