Uncategorized

Pau Viral Di Melaka

Assalamualaikum

Hai korang☺☺Al kisah masa baru-baru ni aku balik Melaka,aku ada ceritakan percutian aku ke Melaka di entry Percutian singkat Melaka-Pahang.

Balik Melaka hari tu tak kemana pun,husband balik sebab nak uruskan tanah mak dia je.Tak lebih dari tu,So jalan-jalan berdekatan tu je.

Al-kisahnya juga,masa pergi ke Taman Debunga di Merlimau Melaka ternampaklah PAU VIRAL yang sibuk orang dok viralkan baru-baru ni.Sebenarnya kat mana-mana pun dah ada PAU VIRAL ni.Biasalah bila dah Viral tu,ada jelah yang akan menjualnya di mana-mana.Boleh buat bisness maju weh.

Kalau tengokkan PAU VIRAL ni,macam kita rasa nak makan benda yang betul je kan.Tengok jelah PAU yang dalam gambar ni.Imaginasi aku mestilah ayam bila nampak PAU AYAM ni..hahahah

pau viral

PAU VIRAL

Macam-macam bentuk yang diorang buat.Sangat-sangat kreatif mereka ni kan.Intinya pula bergantung kepada luarannya.Macam Jagung tu,dalamnya dia letak jagung.Kalau yang bentuk lada tu,di dalamnya sambal ikan bilis…Hah..macam tulah.

Tapi aku dapat merasa yang lada je tulah,yang lain anak suadara aku dah makan.Sebiji pau ni adalah RM4.So beli 5 biji RM20.Lepas ni dah tak cari dah..sebab dah dapat rasa sekali tu pun dah ok.

Aku lebih suka pau kukus yang lembut isi kacang..kira pebret aku lah.Kalau korang ada lalu dekat Merlimau.Ianya terletak di Taman Debunga Merlimau,Berdepan dengan Maybank.Senang je nak cari.Ada juga dia jual Air Jagung VIral tu…Memang sedaplah..Harga sebotol tu aku tak ingat pulak berapa.

Thanks for Reading kisahsidairy.com

Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutubeflickr

Blog tentang parenting, info, resepi masakkan ,panduan kerja di rumah, review produk, sharing info Johor, review makanan,

7 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE