Tips

Pertama kali buat Air Detox

Assalamualaikum

Hai korang☺☺Bila tengok orang kurus,kau pun rasa nak kurus kan.Actually bukan nak kurus banyak mana pun,dan lagi satu,bukan setakat kurus,tapi more pada penjagaan kesihatan.

Bila dah meningkat usia ni,banyak benda nak dijaga dalam aspek kesihatan.Yang paling utama adalah pemakanan.Bila cerita makan ni,semua nak mencuba,kalau boleh setiap apa yang keluar di media sosial semua nak dicuba.Lepas tu menyesal sendiri sebab makan macam-macam.

Hari ni pulak,aku dah “TER ORDER” tanpa sengaja Kek Lava Viral yang tular di media sosial..Oh!! come on! bila masanya nak kurus,bila masanya nak jaga pemakanan..Haduuiii..

Bukan sahaja pemakanan,tetapi akivti seharian kita pun kita kena lihat samada aktiviti itu sihat ke tidak.Dah dapat tak 10 ribu langkah sehari..Hadoiii..>Tak pernah tercapai kot.

 

Ni pulak,berangan nak buat air detox..eh..bukan nak buat,tapi dah buat pun.Pagi tadi minum segelas.Nak bawa pergi ke office memang sokmo lupa,

Ni adalah pertama kali aku buat air detox selepas tengok ramai yang buat,Tapi memang dah lama pun nak buat,so..Malam tadi aku beli bahan.Tak susah pun bahan yang aku perlukan..Cuma ada yang tak cukup syarat je.Insyallah..malam ni aku tambah lagi apa yang tak cukup.

Air detox ni macam Flush kat jamban la,bila korang dah berak,of courselah korang kena bersihkan kan lubang jamban tu dengan flush air bagi keluar kotoran yang korang keluarkan..Macam tu jugaklah Air Detox ni.Bila korang dah makan macam-macam,dan tak memerlukan makanan yang tidak dihadam dalam badan tu,makan air detox ni membantu korang dalam menyahkan bahan-bahan yang tidak diperlukan dalam badan tu..hah..macam tulah

Antara kebaikkan Air Detox ni adalah :-

  • Membantu membakar lemak  dan mengurangkan berat badan.
  • Meningkatkan imunisasi badan serta membuang toksin dalam badan.
  • Mencuci sistem dalaman tubuh badan.
  • Mencantikkan kulit kerana kandungan yang ada di dalam air detox ni ada vitamin C yang tinggi.
Selain itu juga Air detox ni membantu mengukuhkan imunisasi badan,mengelakkan sembelit,Meningkatkan Tenaga daan menyeimbangkan PH dan gula dalam darah
Nak buat air detox ni senang je.Campurkan je buah-buahan yang dihiris tu ke dalam satu bekas air,dan masukkan air ,simpan je dalam fridge.Setiap buah-buahan ada function tersendiri macam aku masukkan buah limau,dia kaya dengan vitamin C,Strawberry pula berfungsi sebagai anti kanser..So semua tu korang kena study jugaklah kan..Then masukkan dalam satu bekas.Biarkan semalaman dalam fridge,esok pagi dah boleh minum
Air detoks yang aku buat adalah :-
  • Serai
  • Lemon
  • Limau
  • Anggur
Semuanya dihiris nipis.Cuma serai tu diketuk sahaja lah
Dah di campurkan dengan 3 liter air
Siap di masuk di dalam peti ais
Siap,pepagi sebelum kerja aku minum,Esok aku nak start bawak pi office pulak.Kita cubalah kan..Mana tau berhasil…

Kelebihan air detox ialah: 1. Mengukuhkan sistem imun 2. Mengelakkan sembelit 3. Menurunkan berat badan 4. Menyeimbangkan pH dan gula dalam darah 5. Meningkatkan tenaga 6. Membersih dan membina semula sel 7. Mencantikkan kulit dan wajah.

Thanks for Reading kisahsidairy.com

Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutubeflickr

Blog tentang parenting, info, resepi masakkan ,panduan kerja di rumah, review produk, sharing info Johor, review makanan,

9 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE