PARENTING

Piyan Ping ointments,harap membantu

Assalamualaikum

Hai korang☺☺ Bila dah anak dok menangis macam kena pukul,mulalah hati umi ni risau je..mulalah fikir yang bukan-bukan.

Hari tu,aku ada cerita kan tentang dak naura yang naik ruam lepas demam,ni hah..Korang baca kat entry SINI .Nampaknya Celamine Lotion tu tak langsung membantu untuk menghilangkan ruam kegatalan pada Naura.Sampai dah 3 hari ruam dia tak jugak surut.Kalau tengok dia nangis masa ketika dia gatal-gatal tu.Rasa nak nangis tengok dia meraung aje.

Hati mak mana kan tak risau,sampai babysitter pun dok risau jugak.Yelah,kalau kat rumah bolehlah dia nak mengaruk ke ape ke kan.Tapi kalau kat rumah orang,adohaiii…Kesian pulak.

Last-last whatssap kat babah dia bagitahu keadaan Naura.Malam semalam jugak pergi ke kedai sengseh cari ubat untuk dia.

Piyan Ping Ointments
Rasanya naura pun pernah guna minyak ni masa dia kena gatal-gatal dulu.Tapi cari ubat tu kat rumah entah ke mana perginya.Banyak sangat ubat dak naura ni kan.Kulit naura ni memang sensitif sikit,kalau terlebih garu,mulalah sampai berdarah di buatnya.
Harap-harap dia oklah kan kena minyak ni.Tak larat dah nak tengok dia merengek tak tentu hala.Walaupun nampak macam gatal-gatal aje,tapi kita tak taukan gatal dia tu macam mana…

Thanks for Reading kisahsidairy.com

Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

Mommy Blogger For any Advertorial | Sponsor Post | Product Review | Food Review | kindly email me at sitirohaida81@gmail.com

9 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *