food,  RESEPI

Breakfast cucur bilis viral

Assalamualaikum

Hai korang??actually yang viral bukan cucur bilis or cucur udang.Yang paling viral adalah cucur manis.Cucur manis ni takde pun letak apa-apa di dalamnya.Cuma tepung dan sedikit gula serta air panas.

Tapi disebabkan mengikut selera tekak masing-masing maka terjadilah cucur bilis viral.Setahu aku resepi ni sebenarnya dari tok moyang kita dulu.Tapi bila sorang dah buat,kuasa media social tu memang luas.So,bila dah semua pakat share,maka terjadilah,cucur manis viral,cucur udang viral dan cucur bilis viral.

Tapi serius weh,bila korang buat jemput-jemput ni pakai air panas,memang lembut gila.Laju lah bila mengunyahnya.Kena pulak dengan kopi O.Memang terangkatlah jawabnya.
Nak bagi budak makan pun tak risau tercekik.
Nanti senang-senang bolehlah pelbagaikan lagi rencah dalamnya.Buat untuk makan petang or malam.Sure licin,kena pulak menghadap tv,syoklah mengunyah.Kena pulak time hujan..wehhh..memang tak cukup sepinggan.

Resepi cucur bilis Viral

Bahan-bahan
  • Tepung(ikut suka korang nak banyak mana)
  • Lobak di potong dadu
  • Sedikit daun kucai
  • Ikan bilis yang dah ditumbuk halus
  • Sedikit garam
  • Air panas(ni yang penting,yang betul-betul panas)
Cara membuatnya,campurkan semua ke dalam besen,then korang letak air panas tu.Korang agak-agak jelah air panas tu dengan tepung,jangan terlalu banyak sangat.
Panaskan minyak di dalam kuali.Pastikan minyak tu banyak dan betul-betul panas tau.Ambil satu sudu dan korang bulat-bulatkan.Nak guna tangan pun boleh,tapi kalau takut melekat,korang letaklah tepung kat tapak tangan…then,gorengkan dia,nampak dah macam keemasan tu,bolehlah diangkat.


Thanks for Reading kisahsidairy.com

Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

Mommy Blogger For any Advertorial | Sponsor Post | Product Review | Food Review | kindly email me at sitirohaida81@gmail.com

29 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *