Nagging

Menu lunch Sabtuday

Assalamualaikum

Hai korang..selamat tengahari.Keman korang hari ni?emmm..menu korang hari ni?

Sabtu ni tak kemana pun.Just relaks kat rumah.Kalau takde aktiviti lain,memang kag rumah lah berehat.Sambil-sambil mengemas kat luar rumah tu.Biasanya kalau hari bekerja aku jaranh bersihkan kat laman rumah.Hari sabtu atau ahad lah hari untuk aku mengemas.Lepas mengemas,waktu untuk ke dapur pulak kan.

Menu hari ni,nak kata simple tu,boleh lah.Tapi jarang masak menu ni.Sesekali jelah kan.Menu untuk tengahari ni,labu masak lemak bersama kacang panjang,ikan goreng dan juga sambal belacan.Hah..itu jelah menu kami.

Sebenarnya menu ni memang dah plan masa aku beli lauk lagi.Selalunya macam tulah,aku akan beli lauk mengikut apa yang aku akan masak.Tu pun kalau teringat nak masak apa,macam sayur sawi ke,kacang panjang ke,taugeh,memang wajib aku beli setiap kali beli lauk.Begitu juga dengan makanan laut macam ikan,aku akan beli dua jenis.Ayam seekor dan kalau rasa nak makan daging aku belilah.

Biasalah kan,nak ke pasar tu,agak jauhlah.Lagi pulak aku bekerja,selalunya lauk aku akan beli seminggu sekali.Kalau aku tak bekerja,nak je hari-hari pergi ke pasar,best sikit kan.Dapat lauk segar lagi sedap.korang pulak macam mana?

Thanks for Reading kisahsidairy.com

Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutubeflickr

Blog tentang parenting, info, resepi masakkan ,panduan kerja di rumah, review produk, sharing info Johor, review makanan,

7 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.