Uncategorized

Perbezaan cili kering yang perlu korang tahu

Assalamualaikum

Hai korang☺☺ Pernah tak korang alami bila makan sambal,korang rasa tahap kepedasan sambal tu memang dah melebihi level kepedasan pada korang? Padahal korang letak cili tu sikit je kan,Tapi kenapa sambal tu terlebih pedas.

Haishhh…Masa aku jenjalan kat Tesco tu,adalah kan pasangan ni,dia sibuk nak mencari cili kering yang cantik.Tapi bila dia tengok aku ambil cili kering yang kerinting dan nampak buruk tu,terus dia tanyakan aku,apa beza cili kering yang aku ambil dan yang dia ambil.

Kalau dulu,aku memang tak amik tahu pun kan samada cili tu macam mana keadaan dia.Sampailah dah jadi mak-mak ni,baru aku tau bila aku pernah tersalah beli cili kering..Sebab pada aku,sama je semua cili kering.Meh aku share sedikit apa yang membuatkan jenis cili kering ni berbeza.

Image result for jenis cili kering

1.Cili kering jenis biasa pedas

Kalau korang yang tak berapa suka nak pedas sangat dalam masakkan yang menggunakan cili kering,korang wajib mengambil cili kering yang kerinting ataupun berkedut.Warna cili kering yang biasa pedasnya ni sedikit kusam dari yang lain.Cili kering jenis ni,memang aku gunakan berbanding yang lain tau.

2.Cili kering yang kurang pedas.

Selalunya cili kering yang kurang pedas ni,jarang jumpa di pasaran.Warna cili kering jenis ini nampak merah kehitaman.Cili kering ni besar sikit dari cili yang lain dan selalunya terdapat di pantai Timur sahaja.Cili kering ni kurang biji,tak sama dengan yang lain.

Image result for jenis cili kering

3.Cili kering Pedas

Hah..Yang ni korang berjaga-jaga sebab kepedasan tak masuk di akal..itu untuk akulah,kalau korang yang suka pedas,bolehlah beli cili kering ni.Bentuknya  tak terlalu panjang dan jenis cili ni berkilat.Cili ni nampak licin.memang senang korang nak bezakan.Warnanya pula merah dan banyak biji.

Itu sahajalah yang aku tau tentang cili kering ni.So korang kenalah hati-hati sebelum membeli.Tak susah pun nak mencari mana jenis yang biasa sahaja,yang penting korang dah tau membezakan cili-cili ni.

sumber gambar : google

Thanks for Reading kisahsidairy.com

Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

Mommy Blogger For any Advertorial | Sponsor Post | Product Review | Food Review | kindly email me at sitirohaida81@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *