Uncategorized

Lunch di Hj Abu Soto Power

Assalamualaikum

Hai korang☺☺Barulah kan nak up cerita rabu lepas.Actually memang dah lama pun nak ke sana.Lama weh tak pekena Soto nasi Hj Abu ni.

Actually,dah banyak kali jugaklah kan makan kat sana.Dulu aku ada ceritakan tentang lunch kat sana dalam entry Pekena Hj Abu Soto Power.Kalau rajin korang bacalah ye.Kalau korang dah pernah pergi ke kedai ni,pasti korang dapat bezakan di antara soto yang pernah korang makan.Serious ramai yang cakap berbeza.Kalau tengahari ke sana,lambat je,memang lah kena menunggu giliran untuk makan.Makanan pun takde lah mahal sangat.

Tengahari tu aku and officemate makan kat situ.Nampaklah perubahan kedai yang baru ni..mungkin lebih selesa.

Soto Hj Abu Soto Power

Nilah menu kami pada tengahari tu.ada jugak antara officemate aku yang order mee hoon soto.Nak order yang double boleh jugak.Sebab soto ni kalau ikut tekak aku,sikit je..hahaha…Tapi disebabkan aku order tahu,so kenyanglah sikit.

Harga soto tu rm5.00 tak silap aku.Soto ni semua makan dengan sambal special tau.Bukan sambal kicap yang selalu kita dok makan.Macam sambal bakso lah jugak..

Tahu tu pulak harga dia rm4.50,ni  kalau tak silap aku tau..Tapi oklah kan,ramai tau penggemar kedai ni.Kot korang berada di kawasan pasir gudang ni,bolehlah terjah kedai ni.kedai ni terletak di Kampung pasir putih.Berdekatan je dengan kedai seafood.Senang nak mencari.

Thanks for Reading kisahsidairy.com

Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

Mommy Blogger For any Advertorial | Sponsor Post | Product Review | Food Review | kindly email me at sitirohaida81@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *