media sharing

Power Root Tunaikan 36 pelanggan Menunaikan Umrah

Assalamualaikum

Hai korang☺☺ Siapalah yang menolak apabila berpeluang untuk menunaikan umrah kan.Tapi itulah yang berlaku kepada 7 pelanggan Power Root apabila mereka terpilih dalam peraduan Power Tunaikan Hasrat Umrah .

Power Root berhad,yang terkenal dengan jenama Kopinya Alicafe,membantu 36 orng rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan masyarakat untuk memenuhi hasrat mereka untuk menunaikan umrah,dalam sebuah inisiatif uniknya untuk menyumbang kepada komuniti.

” Kami memahami bahawa menunaikan ibadah Umrah dan Haji di Mekah adalah satu

tuntutan agama yang perlu dipenuhi bagi mereka yang beragama Islam. Dan

sebahagian besar daripada mereka telah menyimpan wang selama bertahun-tahun,

semata-mata untuk tujuan ini,” kata Pengerusinya, Dato Afifuddin Bin Abdul Kadir.

“Kami membuat keputusan untuk memainkan peranan kami, dengan membantu rakyat

Malaysia menunaikan Umrah, yang dianggap sebagai Haji kecil, melalui peraduan

“Tunaikan Hasrat Umrah” kami dimana kami menawarkan 18 pakej umrah. Dan oleh

kerana setiap pakej adalah untuk dua orang, kami sebenarnya menghantar 36 orang

pelanggan ke Mekah,” tambah beliau.

Bercakap di majlis penyampaian hadiah kepada tujuh pemenang pertama, Dato’

Afifudin berkata: Untuk memastikan keselesaan dan ketenangan fikiran mereka

sepanjang perjalanan menunaikan ibadah tersebut, kami telah bekerjasama dengan

Tabung Haji Travel, ahli syarikat Kumpulan Tabung Haji, untuk memberikan salah satu

pakej terbaik mereka kepada para pemenang.”

Peraduan tersebut telah bermula pada 1 Mei bersempena dengan bulan Ramadhan dan

bakal berakhir pada 15 September 2017.

Setakat 15 Julai 2017, tujuh pemenang telah dipilih menggunakan cara algoritma

untuk memilih nombor siri yang bertuah.

Untuk menyertai peraduan, pelanggan perlu membeli mana-mana produk Power Root,

dalam bentuk pek atau tin, gunting keratan logo atau cabut pembuka tin untuk

dikepilkan bersama borang peraduan. Butir-butir, syarat-syarat dan peraturan

peraduan boleh didapati di laman www.powerroot.com.my

Mereka yang bertuah untuk mengerjakan Umrah adalah

  • Ruhaizat bin Hj Mohamed Amin
  • Aziana bt Adnan
  • Abd Mustakim bin Ali
  • Puan Shuhadah.
  • Puan Pauziyah bt Jantan
  • Mohd Hanafi  bin Nasarudin
  • Nawi Bin Awang
Dengan tekad untuk mempromosikan produk-produk tempatan ini ke pasaran antarabangsa,Power Root telah banyak melabur dalam aspek penyelidikan dan pembangunan  herba-herba tradisional ini,untuk menghasilkan produk-produk jenamanya sendiri,antaranya Alicafe,Alitea,Per’l dan extra Power Root
Untuk maklumat lanjut tentang Power Root, sila layari www.powerroot.com.my
Alhamdulillah,tercapai juga impian mereka untuk ke sana.Diharap lebih banyak lagi impian rakyat Malaysia untuk ke sana tercapai dengan adanya peraduan seperti ini.Yang penting kenalah usaha..Tuah ayam nampak di kaki,Tuah manusia nampak pada usahanya…

Thanks for Reading kisahsidairy.com

Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

Mommy Blogger For any Advertorial | Sponsor Post | Product Review | Food Review | kindly email me at sitirohaida81@gmail.com

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *