PARENTING

Perkembangan Naura dua tahun

Assalamualaikum

Hai korang☺☺ Cerita pasal dak naura ni hah…Makin lama makin membesar.And sure makin banyak akal.Alhamdulillah…Allah swt sangat permudahkan aku dalam membesarkan dia.Mungkin dia faham situasi umi dia macam mana.

Kanak-kanak dan karenah tu memang tak boleh dipisahkan,bila waktu dia baik,alangkah seronoknya melayan.Aku tak kata anak aku sorang ni baik je budi pekerti dia,tak pernah tak buat hal,ada masa dan ketika ada jelah perangai dia yang buat umi dia stress..sama je macam kakak.Cuma dia kurang karenahnya.

Dari dia lahir lagi,memang senang nak dijaga.Kalau pergi mana-mana pun orang akan cakap,elok,senang nak jaga..Tapi kalau dengan umi dia je buat perangai..emm..semua kanak-kanak sama kan..Ada pasang surutnya.

Semalam,check up untuk dia.Dah dua tahun pun.Semalam ke klinik dengan dia.Dapatlah cucuk kat tangan.Nasib baik tak demam..Pi dating jap dengan dia..Hari minggu selalunya aku akan habiskan masa dengan dia jelah sementara babah dia kena kerja pada hari ahad.

Appointment di klinik semalam pukul 10.00 pagi..Tapi selalunya sebelum pukul 10 lagi umi dan dia dah terpacak di Klinik.Actually kalau nak ke klinik ni,kena keluar pepagi.Kalau keluar lambat,maka lambatlah siapnya.Timbang berat semalam je dah 12.5kg.makin membulat anak umi ni..Apa taknya,asyik makan je.Tapi takpelah,umi memang suka kalau dia makan.Umi pun tak risau.Cuma nak kena jagalah pemakanan yang dia ambil.Takut terlebih obesiti,bahayakan diri dia jugak kan.’

Balik dari klinik,umi dengan dak naura pi jalan-jalan cari makan.Sebab masa keluar klinik tu pun dah pukul 12 lebih.Perut pun dah mula berkeroncong mintak diisi.So,singgah taman bukit dahlia.apa lagi,dating terus dengan kawan umi.Actually kawan umi tu adalah exofficemate umi.Dia kerja berdekatan situ jugak.So berbuallah sambil makan.

Dalam pukul 2 jugak lah balik rumah.Apa pun umi berpuas hati dengan perkembangan Naura,Cuma dua tiga hari ni nampak berhingus je pulak.Nasib baik dia tak demam.

Thanks for Reading kisahsidairy.com

Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

Mommy Blogger For any Advertorial | Sponsor Post | Product Review | Food Review | kindly email me at sitirohaida81@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *