kisahsidairy.com,  saya menang

Menang Mom’s Blogger Contest dari Motherhood Malaysia

Assalamualaikum
Hai korang☺☺ Alhamdulillah..syukur ke hadrat Illahi kerana musim raya ni sejuk je bagi aku.Sejuk dengan rezeki yang datang bertimpa-timpa.
Kalau itu hari aku ada menang cash Rm50  dari Kisahemasputih, sebelum tu aku  menang Mom’s Blogger Contest dari Motherhood Malaysia anjuran motherhood . Dan satu lagi ni,menang pulak lazada blogger contest.Walau tak dapat 1st prize,tapi dapat jugak vaucher rm100.huii..sape nak bagi kan voucher sebanyak tu.At least aku dapat beli apa-apa keperluan di website lazada.Semuanya ada beb..
Tapi yang ni aku nak cerita pasal kemenangan aku dalam contest Mom’s blogger contest motherhood ni.Memang tak disangka-sangka untuk menang tau.Entry last minit,tapi alhamdulillah..berhasil.Syukur sangat.Dalam contest ni, aku mendapat rm200 Voucher dari Motherhood.And aku tak tau hadiah apa yang bakal di hantar di rumah nanti.Kita tunggu dan lihat sahajalah nanti.
Excited tau umi naura dan fiyah ni.Of courselah bila dah  barangan motherhood ni,untuk anak-anak kan..Rezeki diorang nampaknya.Umi rasa seronok pulak.Eiiii..tak sabar.
Contest yang aku join hari tu
Announcement kemenangan aku.Tak lupa untuk aku ucapkan tahniah kepada 3 lagi blogger yang menang…TAHNIAH korang!!!
Seronok bila kita masuk contest ni,ada untung kita menang,tapi adat pertandingan macam tulah kan,ada menang ada kalah.Yang penting kita kena usaha,sepanjang aku berblog ni,banyak kenangan manis dari kenangan pahit.Walaupun aku tak berapa nak gemar membaca,tapi aku gemar menulis.Bukan menulis tentang fakta,tetapi menulis dari hati,menulis ikut luahan hati.menulis mengikut pengalaman sendiri dan orang lain.
So,.siapa kata rugi dan sia-sia jadi blogger.inilah hasilnya kalau kita rajin…ada jugak kan hasilnya..bukan buang masa je.

Mommy Blogger For any Advertorial | Sponsor Post | Product Review | Food Review | kindly email me at sitirohaida81@gmail.com

34 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *