Uncategorized

Checklist perkara yang perlu di buat sebelum menjelang Hari Raya

Assalamualaikum
Hai korang☺☺Saja nak tanya ni..persiapan raya macam mana…dah siap ke.Ada lagi ke yang tak beli baju raya.Bukan apa,ada sesetengah ibubapa yang suka buat persediaan last minute dan ada jugak yang buat persediaan awal.Bagi aku kedua perkara ni boleh je buat.Cuma ikut pada kita lah kan.Kalau kita ada budget besar,belanja last minute pun boleh.Tapi bila berbelanja last minit ni,kena ambil tahu jugak,apa yang patut kita beli.Takut nanti bila dah beraya,ada je yang baru teringat nak beli itu dan ini.Biasalah,bila berbelanja last minit,dah takdelah minit seterusnya..hahaa…tak gitu.
Macam aku pulak,yelah,nak selepuk nak membeli kesemua persediaan tu mungkin tak boleh.So,kena buat persediaan awal mengikut budget.Ada budget lebih sikit,beli lebih la,takde cuma yang termampu je.Aku buat persediaan memang awal,macam baju anak-anak tu,memang aku belikan awal-awal.Takdelah tunggu sales ke tak,apa yang berkenan dan rasa sesuai untuk anak-anak aku akan belikan terus.Simpan sikit demi sikit.Lama-lama banyak lah kan.Dan sekarang ni,dah ready semua.Dah tunggu beraya je.Baju pun dah siap diasingkan.Mana baju-baju baru aku dah siap asingkan dalam satu beg.Itu pun nak kena check lagi sekali.Untuk tahun ni,langsir tak bertukar,masih guna langsir tahun lepas.Cuma cat jelah baru.Lagipun sejak dua tahun pindah rumah baru,memang tak pernah lah nak cat.Cuma hari tu rasa nak cat biar bagi cantik sikit.Perabut tetap lama,tiada ubah dan tambah.Insyallah.tahun depan mungkin beraya betul.Sebab apa aku cakap beraya betul,tahun ni tak dapat nak beli sofa dan alatan rumah yang lengkap.So bila tetamu datang cukuplah duduk dan beralaskan meja kopi.Alhamdulillah…oklah tu kan,
Image result for checklist
Tapi itu pun aku tak tau samada aku dah betul-betul siapkan semua ke tidak.Belum lagi masuk kuih raya dan sebagainya.Baru sentuh pasal pakaian anak-anak je.Dalam majalah keluarga,ada sedikit perkongsian tentang 10 perkara perlu dibuat sebelum raya.Moh kita tengok senarai checklist supaya tak tertinggal satu-satu perkara ni
  1. Sebelum bermulanya hari raya,kita haruslah membuat senarai semak,pastikan pakaian anak-anak dan keluarga semuanya telah lengkap.
  2. Keluarkan balang-balang kuih raya yang telah lama disimpan di dalam kabinet.Cuci bersih dan keringkan.Kemudian letak di suatu tempat yang mudah untuk kita capai bila tiba masanya.Jadi bila balik dari bercuti,takdelah kita penat sangatkan.Baknya tetiba orang datang rumah..huiiihh..Naya
  3. Kira berapa jenis kuih yang telah anda buat atau beli.Jika difikirkan tidak cukup,boleh tambah sedikit lagi.
  4. Cuci langsir dan sarung kusyen agar bersih dan berseri.
  5. Lenyapkan habuk dan sawang pada dinding rumah.Beri tumpuan juga pada bahaigan kipas kerana biasanya kipas banyak memerangkap habuk.Perlu dibuat dengan kadar segera sebelum anda terus melakukan kerja-kerja lain untuk mengemas rumah.
  6. Jika mahu mengubah gaya ruang tamu,alihkan kedudukan dan susun atur perabot agar terlihat lebih bergaya dan istimewa di hari raya.
  7. Sorok atau simpan,mana-mana barang atau perkakasan yang tidak digunakan agar ruang rumah lebih luas dan selesa.
  8. Pastikan duit raya telah ditukar di bank dan dimasukkan terus ke dalam sampul.
  9. Pastikan kereta telah diservice bagi memastikan perjalanan balik kampung selamat.
  10. Packing semua keperluan dan pakaian sepanjang berhari raya sehari lebih awal sebelum balik kampung.Jangan buat ketika saat-saat akhir kerana bimbang ada pula yang tertinggal.

Itulah checklist yang kita perlu buat.Harus diingat ye,kena buat awal,jangan terlalu last minute pulak,nanti badan kita yang penat.Dan ada satu lagi nak pesan,sebelum meninggalkan rumah untuk balik ke kampung,Pastikan kediaman korang selamat.Korang boleh baca tips keselamatan rumah di musim perayaan.Aku ada kongsikan beberapa tips untuk korang.Bila tengok checklist ni,baru perasan,balang kuih raya belum lagi dikeluarkan dan dibasuh.
Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutubeflickr

Blog tentang parenting, info, resepi masakkan ,panduan kerja di rumah, review produk, sharing info Johor, review makanan,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE