Uncategorized

Rantai pemberian Nenek kepada cucunya

Assalamualaikum
Hai korang☺☺ sedang berehat ke,Yelah,…keletihan seharian berpuasa kan.Time macam nilah nak rehatkan badan.Lepas dah siap cuci pinggan mangkuk,kemas dapur semua,solat..barulah dapat berehat.Barulah dapat beri tumpuan pada si kecil yang nak tidur dah ni.Sambil melayan dia bercakap,sambil layan mata nak tidur,umi sempat lah update entry ni.
Entry santai je malam ni.Sebenarnya nenek dah lama nak belikan kakak awfiyah rantai.Baru-baru ni ada rezeki lebih,so dia belikan jugak untuk kakak.Adik Naura dia dah dapat masa awal tahun hari tu.Yang korang sedia maklum,awfiyah memang tak duduk dengan aku..ok…stop…tu je…hehehe…
Hari tu,nenek ada rezeki lebih,dia belikan juga untuk cucu pertama dia.Alhamdulillah..rezeki kakak.Mesti dia suka ni.Minggu ni umi balik kampung,dapatlah dia rantai ni.Ni pun secara tiba-tiba je nenek kata dia dah belikan kakak rantai.
Tada….rantai kakak..Halus  ni pun dah dekat Rm600
Tahun ni kakak beraya dengan rantai barulah nampaknya.Alhamdulillah..moga nenek dimurahkan rezeki dan kesihatannya.Harap kakak dapat jaga rantai ni sampai kakak besar.Adik je tak boleh nak pakai rantai lagi.Satunya adik duduk rumah babysitter,dan satu lagi,adik suka tarik-tarik.Dia rimas kalau dipakaikan rantai.Mulalah dia nak menarik.Sebab tu umi yang pakai rantai dia tu.

Mommy Blogger For any Advertorial | Sponsor Post | Product Review | Food Review | kindly email me at sitirohaida81@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *