RESEPI

Resepi ikan Siakap 3 rasa simple

Assalamualaikum
Hai korang☺☺☺ Iftar semalam aku masak siakap 3 rasa menggunakan bahan yang dah sedia ada di rumah.Kalau beli barang basah tu,memang aku plan nak masak apa,so beli apa yang patut aku beli.
Menu siakap 3 rasa ni,husband aku yang request,So,semalam baru sempat nak masak.
Resepi Siakap 3 rasa
Kalau buat sendiri,banyak benda korang boleh letak,nak sos banyak ke sikit semuanya boleh.Penyediaan untuk siakap 3 rasa ni mudah je.
Bahan-bahan
1 ekor ikan siakap
1/2 biji nenas yang separuh masak.
1 biji bawang merah(potong dadu)
1/2 bij bawang merah (dihiris)
2 biji bawang putih(dihiris )
3-4 tangkai cili kecil
1/2 biji timun(potong dadu)
1 biji tomato(potong dadu)
1/4 halia(potong dadu)
1 batang serai(potong halus)
beberapa helai daun sup(boleh juga letak daun ketumbar)(potong halus
Sos tomato
sos tiram
sos ikan(kalau ada)
sedikit tepung jagung
garam/gula
Minyak untuk menggoreng
Cara membuatnya
Lumur tepung jagung dan sedikit garam pada ikan.Kemudian masukkan ke dalam kuali yang berisi minyak.pastikan minyak tu betul-betul panas dan banyak.Kalau aku ikan tu mesti tenggelam dalam minyak.Jadi sekata masaknya.Ikut korang nak ikan tu rangup atau tidak.Dah siap angkat dan ketepikan.
Kemudian,tumis bawang merah ,lada kecil dan bawang putih yang dihiris halus,setelah naik bau,masukkan sos tomato,sos cili dan juga sos ikan.Selepas agak menggelegak masukkan bahan yang dipotong dadu.Masukkan sedikit air kalau korang nak kuah,dan tunggu sehingga ia pekat.Barulah perasakan dengan garam dan gula.Biarkan ia mendidih dan siap
Kemudian korang siram je sos yang dah siap tu ke atas ikan siakap yang korang goreng tadi.Taburkan daun sup untuk hiasan.
Ok..siap dan boleh dihidangkan di atas meja..Senang kan..Harap ia memudahkan korang untuk idea masakkan korang
Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutubeflickr

Blog tentang parenting, info, resepi masakkan ,panduan kerja di rumah, review produk, sharing info Johor, review makanan,

15 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE