Uncategorized

Welcome June!

Assalamualaikum
Hai korang☺☺Alhamdulillah..berjumpa dengan June pulak.Ramai yang menantikan bulan june ni kan.Sebab apa,sebab bulan june pada tahun ini jatuhnya bulan raya untuk umat islam sedunia.
Bukan itu sahaja,ramai yang menyambut hari jadi pada bulan ini.
Pada aku pulak,bulan jun takde yang istimewa melainkan tak sabar je nak beraya.Tengok jelah,pejam celik,pejam celik, dah masuk bulan june.Tu,korang kiralah berapa hari je lagi kita nak menyambut hari raya.
Moga raya kali ini semuanya baik-baik belaka.Bersederhana dalam setiap persiapan.Alhamdulillah,baju raya anak-anak dah pun aku settle sebelum ramadhan lagi.Tinggal nak lengkapkan apa yang patut je.
Tahun ni,aku beraya di Melaka,So,cuti pun terpaksalah panjang sikit kan.Kiranya aku beraya belah mentua lah.
Korang pulak beraya belah mana tahun ni? Ada yang sama dengan aku tak…hehe

Mommy Blogger For any Advertorial | Sponsor Post | Product Review | Food Review | kindly email me at sitirohaida81@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *