RESEPI

Ayam tua masak lemak cili api mudah

Assalamualaikum
Hai korang??Ramadhan ketiga hari ni.So apa resepi mudah untuk iftar korang hari ni?
Throwback lauk iftar semalam,di kampung,ayah dah siap beli lauk untuk kami masak.Ayah kata dia teringin nak makan ayam masak lemak cili api.Sebelum ni memang aku tak pernah masak ayam tua.Selalunya ayam tua ni,kena rebus lebih lama dari ayam muda.Ada petua lain yang aku google untuk lembutkan ayam tua.Tapi kalau ikut mak aku,dia letak garam je.

Disebabkan mak aku pergi berniaga,so tugas memasak adik-adik serahkan pada aku.Mulanya aku tak tau jugak nak masak lemak cili api ayam tua ni.Sebab apa,ini pertama kali aku masak ayam tua.Selalunya ayam muda je.

Image result for ayam tua masak lemak cili api
ihsan dari google sebab aku tak sempat nak snap gambar ayam yang sudah di masak.Maklumlah,bila dah jadi chef di kampung,dengan anak-anak buah yang ramai,memang takkan menyempat ko nak amik gambar.Dengan handphone entah hilang kemana,…adoooii
Ayam tua masak lemak cili api mudah
Ayam tua direbus dalam satu jam,aku letakkan sedikit garam.Sedikit je,jangan terlalu banyak pulak
resepi ayam tua masak lemak cili api mudah aku kongsikan di sini ye.Ini ikut cara mudah,
Bahan-bahan
1 ekor ayam tua
2 ulas bawang besar**
3 ulas bawang putih**
5-6 biji cili api(ikut korang lah nak pedas macam mana)
Sedikit kunyit hidup**
sedikit Halia**
Cengkih dan bunga lawang
Sedikit garam
Sedikit gula
Sedikit ajinamoto
Santan pekat
Serai
Bahan bertanda ** di blend bersama
Caranya
Rebus ayam selama satu jam dan masukkan sedikit garam.Biarkan dia empuk.
Kemudian masukkan bahan yang di blend di dalam ayam yang direbus,
Masukkan cengkih dan bunga lawang dan masukkan santan,kacau sehinggan santan rata dengan ayam tadi.Masukkan pula serai dan perasakan dengan garam,gula dan ajinamoto
Bila dah mendidih,dah boleh tutup dan disajikan
Simple kan ayam tua masak lemak cili api ni.Senang sangat nak buat .resepi mudah dan cepat untuk berbuka puasa. 

Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutubeflickr

Blog tentang parenting, info, resepi masakkan ,panduan kerja di rumah, review produk, sharing info Johor, review makanan,

12 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE