Uncategorized

Makanan pagi sampai ke petang

Assalamualaikum

Hai korang☺☺Dah makan tengahari? sejak dah takde member nak keluar makan tengahari,maka ambil jalan senang untuk beli makanan pagi sampai ke petang..haha
Nasi goreng pagi tadi

Selalunya kalau keluar tengahari untuk lunch,breakfast aku makan yang ringan-ringan contohnya biskut atau kuih.Dan tengahari aku ambil nasi atau ikut tekak nak makan apa.And makan tengahari tulah yang akan bawa sehingga ke malam.
Of course balik rumah,aku masak untuk husband dan anak-anak,ini bukan cakap untuk membangga diri,tapi itulah rutin seorang yang bernama aku.Tak kisah kalau orang nak cakap aku nak membangga diri sebab dapat masak hari-hari.Actually bukan hari-hari pun.kadang-kadang kalau rajin nak pi pasar malam setiap hari rabu,aku takkan masak,Lauk kat rumah dah habis pun aku takkan masak,yelah..dah habis kan,nak masak apa,so sambil beli lauk kat luar,sambil cari makan..Itulah rutin aku.Bukan sahaja sebagai tanggungjawab,tetapi langkah berjimat cermat.hahaha
Oklah..berbalik cerita tadi,bila dah takde kawan nak keluar makan,kenalah beli makanan awal-awal.jenis perut aku ni tak boleh tak makan,kecuali puasa.So pepagi aku akan decide nak makan apa,samada nasi goreng,nasi lemak,mee atau sebagainya.Dan aku akan beli kuih dalam rm2 untuk aku makan di waktu pagi.Kekadang aku bawak bekal,itu kalau ada lebihan makanan malam tadi aku panaskan.Selalunya takde lebih sebab aku tak suka masak terlalu banyak,kalau panaskan kadang-kadang tengahari dah basi.
hahaha…itu jelah cerita aku pasal makan ni.Ini pun dah bersyukur sebab dapat makan.Korang pulak macam mana..apa yang korang buat bila takde kawan untuk keluar makan.

Mommy Blogger For any Advertorial | Sponsor Post | Product Review | Food Review | kindly email me at sitirohaida81@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *