kisahsidairy.com,  RESEPI

Spiral Speghetti for my Favourite Iftar Dishes

Assalamualaikum
Lama beno tak share tentang makanan kan..Asyik cerita pasal produk dan family..takut orang bosan pulak..Hah..Kali ni meh la aku share tentang resepi mudah Spiral Spaghetti Goreng ala tekak melayu..bhahaha..Ok..untuk kali ini aku share bagi resepi mudah,nak-nak pulak bila bulan puasa nanti.Ibu bekerjaya macam aku ni nak yang simple je bila memasak.So taknak ambil masa yang lama kerana nak siapkan banyak lagi juadah untuk berbuka..Ala..tak banyak mana pun kan.
Sekarang ni,aku rajin je masak makanan yang berunsurkan mee..Husband dok request tak nak makan nasi sangat sebab takut kan penyakit pelbagai ni.Menu ni nak kata sihat tu takdelah sihat sangat..kalau nak menu sihat…korang google je..Confirm ada resepi-resepi sihat untuk korang..
Kalau untuk bulan puasa favourite iftar  dishes yang selalu aku masak adalah makanan yang berunsurkan mee.Jarang sangat aku masak nasi tau.
Dah lama dah aku buat Spiral spaghetti goreng ni..Baru nak up je resepi kat sini..Alah..resepi mudah kan..Ok je..
spiral spaghetti
Selalu blogger masakan letak watermark kat gambar…
Tapi aku malas sikit nak letak watermark…hepp!! amik mintak izin..hahaha…ala..gambar bukan cantik pun…Tak cantik takpe..Janji sedap..Dont judge a book by its cover ok
Hah!! Nilah gambar Spiral Spaghetti goreng made by me tau…Spiral spaghetti tu dah kembang macam ape dah…Terlebih di rebus..tu yang jadi macam tu..tak molek mana pun..
Oklah..meh kita tengok resepi pulak kan.
  • Sebungkus Spiral spaghetti(di rebus dahulu)
  • Daging cincang
  • Sawi
  • Lobak
  • Telur
  • Fishball(ikutlah korang nak letak ke tak)
  • Lada Blender( yang ni memang aku dah siap-siap masuk bawang/bawang putih/lada kering)so korang agak-agak jelah kan berapa nak guna)
  • sedikit garam
  • Sos tomato/sos tiram(1 sudu je)
  • Daun sup sebagai hiasan
  • Secubit Knorr Pasti sedap All in one seosoning
Oklah..cara membuatnya pulak,first korang goreng dulu daging cincang tu sampai air dia kering..angkat dan letak tepi.Lepas tu korang masukkan lada belnder dan gaul sehingga naik minyak.lepas tu korang masukkan sos tomato dan sos tiram.Masukkan pulak telur,fishball dan daging cincang.Perasakan dengan garam..Then barulah masukkan spiral spaghetti yang dah korang rebus tu..Akhir sekali korang letak la sawi ngan lobak tu.
Ni kira resepi campak-campak jelah..Kalau korang nak pedas,tumbuk sikit lada kecik dan gaul sekali dengan spaghetti tu ye.Dan kalau rajin  hias lah sikit dengan taburan daun sup atau daun bawang ke…atau apa-apa hiasan..resepi ni aku gunakan barang-barang yang aku beli dari Lazada.Of course,aku dengan lazada tak boleh nak dipisahkan sampai barang groceries pun aku beli dari sini ok..hahaha..sila jangan percaya kerana tak semua aku beli kat sana.Yang penting untuk ramadhan kali ni,aku memang dah standby list yang aku akan beli di lazada kerana banyak tawaran yang menarik untuk barang dapur aku ni.And actually Barang-barang dari resepi aku ni,semuanya ada di lazada ok.Cuma barang kering jelah.

Oh ya…kalau korang nak cuci mata tengok groceries yang ada di jual di lazada sempena Bazar Ramadhan ini korang klik je Bazar Ramadhan



Dalam ni semua ada bahan-bahan yang aku nak.

Korang boleh dapatkan produk cooking & baking,Beverages,snacks,dry food,cereals dan banyak lagi..Semua dengan harga yang awesome

Contohnya aku guna Knorr Pasti sedap All in one seosoning  dalam resepi aku ni kan,ada je jual kat Lazada ni..korang tengok jelah harga  Knorr Pasti sedap ni..Murah je kan
Klik [sini ]untuk pautan 
Klik [sini ]untuk pautan 
Ni baru sebahagian,banyak lagi yang korang kena tengok sempena JualanBazaar Ramadhan Lazada Malaysia yang berlangsung dari 19 May sehingga  15 jun 2017.Klik [Link] ni ye

Mommy Blogger For any Advertorial | Sponsor Post | Product Review | Food Review | kindly email me at sitirohaida81@gmail.com

22 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *