persiapan ramadhan

Cara cukupkan minum 8 gelas sehari di bulan puasa

Assalamualaikum
Hai korang☺☺Alhamdulillah…bakal melalui bulan ramadhan.Moga kita semua berada di dalam keadaan baik sepanjang bulan ramadhan.Beberapa hari lagi,insyallah,kita akan memasuki bulan ramadhan al-mubarak..Moga doa kita diperkenankan untuk berjumpa ramadhan pada tahun ini kan.
Pastinya dalam bulan ramadhan nanti,kita diwajibkan berpuasa.Bila berada di dalam bulan puasa,badan kita tentunya akan terasa letih bila kita tidak mengawal dan mengambil makanan dengan betul,khususnya air untuk badan kita seperti disarankan 8 gelas sehari.Pasti korang tertanya-tanya,bila bulan puasa ni macam mana nak cukupkan 8 gelas air masak,sedangkan siang kita berpuasa kan.
So ini aku ambil dari pembacaan aku yang memberikan tips untuk minum air yang mencukupi.
Untuk pengetahuan korang 70 peratus daripada badan kita adalah air.Tubuh badan kita amat memerlukan air untuk menyelaraskan suhu badan.Selain itu ia diperlukan untuk membekalkan nutrien kepada organ tubuh badan.Ia juga berntindak sebagai cecair yang membawa oksigen kepada sel dalam tubuh,menjadi agen pembuang,bahan toksik dan bertindak sebagai pelincir kepada sendi dan organ badan.
Bagi seseorang yang kruang minum air,ia akan meningkatkan risiko terkena penyakit seperti batu karang,sakit kepalamsakit sendi dan otot,lesu pada wajah dan kehausan.Air kencing juga akan berbau kuat dan berwarna kuning pekat yang menandakan seseorang itu mengalami hidrasi.
Meh aku share dengan korang Cara cukupkan minum 8 gelas sehari di bulan puasa
  • Minum 2 gelas air ketika sahur-ketika makan sahur,usahakan minum sekurang-kurangnya dua gelas air mineral dan kurangkan minuman manis untuk elakkan kenaikkan berat badan yang mendadak sepanjang bulan puasa.
  • Minum Waktu  nak tidur- Peluang untuk minum adalah pada waktu malam,so korang sediakan sebotol air untuk di bawa ke dalam bilik,at least bila terjaga,korang boleh terus minum air tu.
  • Makanan dengan Kandungan air tinggi-pilih makanan yang mempunyai kandungan air yang tinggi seperti tembikai,rambutan atau buah-buah lain.
  • Elakkan minum banyak ketika berbuka– Anda pasti memerlukan serapan air lebih tinggi puasa musim panas,tetapi cuba jangan pula minum air sehingga hilang selera makan.Sebab makan tu penting juga,So ambil sekurang-kurangnya dua gelas air sebelum dan selepas makan.
  • Berbuka dengan kurma dan 2 gelas air-Kurma adalah disarankan untuk berbuka dengannya dan kebaikkan kurma sebenarnya sangat bagus kerana buah kurma mengandungi kadar glukosa semulajadi.Buah kurma dapat membantu mengembalikan tenaga sepanjang bulan puasa.Dan air yang diambil pua akan menggantikan cairan yang hilang dalam badan.
  • Bawa air ketika keluar makan-Kalau korang nak pi terawih atau keluar untuk mencari barang,seeloknya bekalkan air untuk korang minum.
Cadangan minum air ketika puasa :
  • 1 gelas selepas azan maghrib
  • 1 gelas selepas solat maghrib
  • 1 gelas selepas makan
  • 1 gelas selepas solat isyak
  • 1 gelas selepas tarawih
  • 1 gelas sebelum tidur
  • 1 gelas bangun sahur
  • 1 gelas makan sahur

Image result for Cara cukupkan minum 8 gelas sehari di bulan puasa
Source: google
Satu lagi yang perlu korang avoid adalah minuman berais,kerana badan korang akan rasa cepat letih jika korang mengambilnya.Amalkanlah minum air masak dan juga makanan yang tidak mengandungi banyak lemak dan makan dengan kadar tertentu sahaja
Moga perkongsian ini bermanfaat bukan untuk aku sahaja,tapi untuk korang jugak.So selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak.

Mommy Blogger For any Advertorial | Sponsor Post | Product Review | Food Review | kindly email me at sitirohaida81@gmail.com

12 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *